Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Bomba Selamatkan Tiga Lelaki...

MUAR - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah...

Warga Emas Dihukum Gantung...

SHAH ALAM - Seorang warga emas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjut...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah...

Video: ‘Lambung’ Anak Gara-Gara...

SEORANG ibu di Argentina dirakam memukul anak perempuannya yang berusia tiga tahun, dan...

Lebih 110,000 Warga Tentera Darat Mengundi Awal

KUALA LUMPUR – Sebanyak 110, 006 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia di seluruh negara layak melakukan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Sabtu ini.

Panglima Tentera Darat Tan Sri Zulkiple Kassim berkata jumlah itu termasuk anggota dan pegawai yang bertugas di perbatasan.

“Daripada jumlah itu, 91,156 merupakan pengundi di kem masing-masing, manakala di luar kawasan kem ialah 12, 476 anggota dan selebihnya merupakan anggota dan pegawai yang terlibat dalam operasi di luar negara,” katanya.

Beliau berkata anggota dan pegawai yang layak mengundi itu akan mengundi mengikut kem yang telah ditetapkan.

“Saya berharap proses pengundian yang membabitkan warga Tentera Darat akan berjalan dalam keadaan tenang dan lancar,” kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Pemakaian Pangkat Perdana Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di sini hari ini..

Dalam majlis yang julung kali diadakan itu, seramai lima pegawai dan 376 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam permakaian pangkat berkenaan yang dijalankan serentak di tiga lokasi iaitu di Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh di sini, Kem Lok Kawi, Sarawak dan Kem Penrissen di Sabah.


Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengesahkan PRU14 akan menggunakan daftar pemilih suku keempat 2017, yang berjumlah 14,940,624 pengundi.

Daripada jumlah berkenaan, 14,636,716 pengundi adalah pemilih biasa, 300,255 pengundi awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis dan 3,653 pengundi tidak hadir luar negara. – BERNAMA

Kategori