Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bantuan Khas Covid-19 Kepada...

KUALA LUMPUR - Isi rumah miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM500 tiga...

Perak Akan Tentukan Status...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan membuat keputusan muktamad sama ada Pulau Sembilan...

Indonesia Arahkan WhatsApp Buang...

DEMI mengekang gejala LGBT, kerajaan Indonesia telah merancang untuk menghalang penggunaan beberapa ikon...

4 Askar, 2 Orang...

KAHERAH - Seorang wanita Mesir dan anaknya terbunuh dalam serangan bom kereta manakala...

Larian Bendera UMNO, Program Solidariti Anggota

TAWAU – Solidariti anggota UMNO menjayakan pelbagai program termasuk Larian Bendera UMNO yang dianjurkan di peringkat Sabah bukan sahaja tanda sokongan kepada pemimpin semata-mata tetapi mendukung perjuangan parti

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Muis Picho berkata program larian yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-71 UMNO pada 11 Mei ini antara lain turut mahu menimbulkan semangat setiakawan dalam kalangan anggota yang menyertainya.

“Anggota UMNO khususnya Bahagian Kalabakan turut bersemangat memperlihat tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada program larian UMNO sebagai menyahut seruan betapa kita berjuang bersama parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyaksikan penyerahan Bendera UMNO daripada Pemuda UMNO Tawau kepada Pemuda UMNO Bahagian Kalabakan di Dewan Datuk Seri Najib di Merotai dekat sini, hari ini.


Program larian yang masuk hari keempat itu diketuai Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Sabah merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Bahrin Karim.

Larian tersebut akan diteruskan ke Bahagian Pensiangan, sebelum berakhir di Kota Kinabalu, esok. – BERNAMA

Kategori