Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahu ‘Tunduk’ Majikan, Campur...

SINGAPURA - Seorang amah berusia 27 tahun yang berang dimarahi bertindak keji dengan...

475 Mangsa Banjir Masih...

JOHOR BAHRU - Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 475 mangsa banjir daripada...

Peruntukan RM300 Juta PPR...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan bagi membiayai kos penyelenggaraan dan...

Pengurus TNB Kota Bharu...

KOTA BHARU - Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Bharu, Arman Che Othman...

Langkah Rafiq Keluar UMNO Tak Beri Kesan Kepada Parti

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Exco Pemuda UMNO, Mohd Rafiq Naizamohideen yang keluar daripada UMNO baru-baru ini tidak memberi kesan yang besar kepada parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan masih ramai lagi anggota-anggota akar umbi di seluruh negara yang tetap setia kepada dasar perjuangan UMNO.

Malah beliau berkata Mohd Rafiq sebelum ini telah digantung keanggotaannya selama enam tahun kerana didapati terlibat dalam usaha menjatuhkan pimpinan parti.

“Beliau (Mohd Rafiq) terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden parti…kita hantar laporan kepada lembaga disiplin yang bebas dan mereka telah membuat keputusan jadi kita perlu terima,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Rafiq yang mengumumkan keluar parti bersama 28 bekas pemimpin cawangan UMNO lain baru-baru ini.

Khairy berkata UMNO merupakan parti politik yang mengamalkan demokrasi dan tindakan keluar dan masuk parti adalah proses biasa dalam sesebuah parti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori