Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Dyana Nafi Anaknya...

YAMMY Samat, ibu bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud...

Separuh Pekerjaan Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan...

Rihana Mahu Sultan Kelantan...

MOSCOW ā€“ Ratu cantik Rusia yang diceraikan oleh Sultan Kelantan,Ā Sultan Muhammad V mencabar...

Akhbar Mohon Maaf, Saman...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah...

Krisis Air Selangor: Loji Rosak Sejak Azmin Jadi MB

BONGKAR…. Masalah serius gangguan bekalan air membabitkan 498 kawasan sekitar Lembah Klang sejak kelmarin akhirnya membuka persoalan tentang sikap kerajaan Selangor sendiri.

Ini termasuk keberkesanan dan kemamĀ­puan pengurusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, apabila kerosakan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) sebenarnya sudah berlaku sejak 2016 lagi.

Persoalannya, jika kerajaan negeri sudah tahu masalah tersebut berlarutan sejak tahun itu, kenapa loji-loji pam air bersih di SSP3 yang menjadi antara nadi utama kepada jutaan penduduk Lembah Klang tidak dibaiki dengan segera.

Sebaliknya kerja-kerja pembaikan tersebut hanya baru diberikan kepada pihak kontraktor bermula pada Januari lalu.Ā Tambah mengejutkan, laporan mengenai jangkaan masalah air itu sudah diserahkan kepada kerajaan negeri.

Ia sepatutnya untuk tindakan segera namunĀ pentadbiran Mohamed Azmin dilihat seolah-olah cuba meleĀ­ngah-lengahkan perkara tersebut menyebabkan pada tahun ini sahaja, sudah dua kali gangguan bekalan air terjadi.

Pengurus loji SSP3, Azman Abd. Aziz ketika ditemui media memberitahu, empat unit pam di loji tersebut tidak boleh dibaiki berikutan kekurangan tenaga pakar dalam syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

ā€œBagi pam nombor lapan yang mengalami kerosakan bearingĀ dan telah dikesan pada Januari lalu gagal berfungsi sepenuhnya, sementara pam nombor empat pula sudah rosak sejak Mei 2017 tetapi masih belum dapat dibaiki.

“Ini kerana ia melibatkan masalah kos yang agak besar.Ā Kerja baiki ini memang sedang dijalankan namun perlu dibuat secara berperingkat-peĀ­ringkat sebab memerlukan pemantauan rapi,ā€ katanya kepada pemberita.

Azman mendedahkan masalah itu ketika ditemui media sempena lawatan Exco Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib ke loji itu semalam.


Sementara itu, harapan pengguna agar masalah tersebut diĀ­atasi segera tidak akan menjadi kenyataan, sebaliknya mereka perlu berterusan menanggung kepayahan apabila Zaidy yang mewakili kerajaan negeri pun buntu.

Beliau sebaliknya menjangkakan bahawa masalah berkenaan hanya dapat diselesaikan menjelang Ahad depan. Kerja pembaikan jelasnya sedang giat dijalankan melalui 10 pasukan kontraktor yang telah dilantik pihak berwajib.

Ia dilakukan susulan insiden letupan sistem mampatan udara di Loji SSP3 mengakibatkan lima batang paip sistem bersaiz 1,100 meter rosak teruk. Kerja pembaikan bakal siap mulai 6 petang Khamis secara berperingkat-peringkat

ā€œPihak Pengurusan Air SelaĀ­ngor telah mengaktifkan sembilan pusat khidmat setempat dan berusaha menambah jumlah kapasiti lori tangki kepada 96 buah dan 11 lori tangki jambo bagi membantu orang ramai yang terjejas.

ā€œDua buah kawasan iaitu Kuala Langat dan Hulu Selangor akan pulih pada Sabtu manakala empat kawasan lain iaitu Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam pula akan menikmati bekalan air pada Ahad,ā€ ujarnya.

Krisis air terburuk itu membabitkan 563,662 akaun pengguna di sebuah negeri dianggap termaju di Malaysia namun akibat permainan politik kerajaan ditadbir PKR, rakyat pula menanggung sengsara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori