Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saran Wujud Banyak Taska...

KUALA LUMPUR - ZuriatCARE menyarankan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri...

Pemuda Jual Petai Lapor...

GEORGE TOWN - Seorang pemuda yang terpaksa menjual petai bagi mengumpul wang untuk...

Faizal Tahir Kurus Kerana...

PETALING JAYA - Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus...

Perwakilan CPC Kunjung Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat...

Koh Tsu Koon, Teng Chang Yeow Antara Saksi Kes Saman

GEORGE TOWN – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow merupakan antara saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan Gerakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Datuk Baljit Singh ketika kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosilah Yop.

Baljit Singh ketika ditemui pemberita memberitahu bahawa mahkamah menetapkan 22 hingga 26 Okt depan untuk perbicaraan kes tersebut.

“Pada perbicaraan nanti pihak plaintif akan mengemukakan lima saksi dan saksi yang akan memberikan keterangan adala Koh, Liang dan Teng manakala dua saksi lain akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu, Baljit Singh berkata pihak defendan juga akan memanggil lima saksi mereka dan antara yang diketahui setakat ini akan memberikan keterangan adalah Lim.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 29 Ogos ini untuk pengurusan semula kes bagi penyerahan beberapa dokumen serta kenyataan saksi.


Pada 25 Julai tahun lalu, Gerakan melalui Liang telah menfailkan saman fitnah terhadap Lim berhubung penjualan tanah Tanjong Pinang semasa pentadbiran BN.

Dalam pernyataan tuntutannya, Liang mendakwa Lim membuat kenyataan fitnah berhubung penjualan tanah Tanjong Pinang yang dikatakan pada harga RM1 kaki persegi semasa pentadbiran BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika itu. – BERNAMA

Kategori