Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Daesh: 2 Pengawal Keselamatan...

JOHOR BAHRU - Dua pengawal keselamatan dan seorang juruteknik di syarikat telekomunikasi dihadapkan...

Buku Harapan Tak Halang...

PETALING JAYA - Seorang peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menolak anggapan bahawa Buku...

Najib Ucap Tahniah Haron...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Mangsa Gilis Lori: “Kaki...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul - demikian situasi yang menimpa adik...

K’jaan DAP P.Pinang Bantah Cadangan Persempadanan SPR

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang membantah cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata ini kerana sekiranya cadangan persempadanan semula itu dilaksanakan, bilangan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang diwakilinya akan berkurangan sebanyak 1,091 undi.

“Pihak kerajaan negeri akan membantah, pihak kerajaan tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga akan menghantar bantahan kepada SPR sebelum 14 Oktober ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihak kerajaan negeri juga tidak menolak kemungkinan untuk menyaman SPR kerana cadangan persempadanan semula itu akan menjejaskan pengundi di 12 kerusi DUN di Pulau Pinang.

Minggu lepas, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Oktober untuk mengemukakan bantahan masing-masing.


Ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang mengadakan pilihan raya negeri lebih awal, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata perkara itu belum dibincangkan.

“Buat masa ini, kami hanya mahu mengemukakan bantahan sebelum tempoh 14 Oktober kerana proses persempadanan ini tidak adil dan akan membuat pilihan raya umum ini sangat kompetitif,” katanya.

Sebelum ini, DAP mencadangkan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR mengadakan pilihan raya negeri bagi membantah proses persempadanan semula SPR di negeri itu yang didakwa berat sebelah, namun cadangan itu ditolak Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori