Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

50,000 Unit Vaksin Untuk...

IPOH - Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing...

Penting, Amalkan Pola Pemakanan...

TAHUKAH anda, amat penting bagi wanita mengekalkan pola pemakanan sihat bagi mengurangkan kesan negatif...

Nurul Izzah Mahu Tunai...

MELALUI akaun Twitter rasmi, Nurul Izzah Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada netizen untuk...

Bot Tambang Penyelamat Akibat...

KUANTAN - "Sorong bot tarik bot, anda mahu seberang saya bawa..." rangkap ayat...

Khaled Selar, Nafi Dakwaan Osman

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar Menteri Besar, Datuk Osman Sapian kerana menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berkenaan projek Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang didakwa terbengkalai dan bermasalah.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, Osman antaranya mendakwa kerajaan negeri terdahulu gagal menyiapkan 121 buah sekolah agama sehingga kerajaan negeri pada masa kini terpaksa mengambil alih 77 buah sekolah yang belum siap dan 18 yang masih dalam tempoh tanggungan kecacatan demi memastikan tidak menjadi projek ‘gajah putih’.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu turut mendakwa kerajaan negeri kini menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) terpaksa menanggung kos sehingga kira-kira RM240 juta melibatkan pembayaran tertangguh selama 10 tahun bermula pada 2015.

Selain itu, keputusan kerajaan negeri dipertikaikan kerana dikatakan membuat pertimbangan melantik syarikat yang jelas tidak berkemampuan menyiapkan projek SAKJ hingga kerajaan negeri kemudiannya terpaksa menanggung ganti rugi.

“Saya menyangkal dakwaan tersebut. Kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah tidak lengkap, tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.


“Pertama, pembinaan dan penyiapan SAKJ semasa pentadbiran saya dibahagikan kepada lima fasa. Sebanyak 77 buah SKAJ yang beliau (Osman) sebutkan telah disiapkan dalam Fasa 1 hingga 4 dan proses penyerahan kunci juga telah dijalankan secara berperingkat-peringkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Kategori