Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kutipan Zakat Di Kelantan...

KOTA BHARU - Kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu...

Najib, Zahid Sertai Solat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai lebih...

JITN Lebih Mantap Tangani...

KUALA LUMPUR – Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri...

Kes Belasah Murid, Kedua-Dua...

SUSULAN kes seorang pelajar pusat latihan perindustrian di Jitra, Kedah dikasari tenaga pengajar...

Dr. Najihatussalehah Calon PAS Di PRK K.Kangsar

KUALA KANGSAR – Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan.

Pengumuman dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan di sini malam ini.

Dr. Najihatussalehah, 50, juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.

Beliau yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Kuala Kangsar pada petang esok, manakala Parti Amanah Negara akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori