Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

565 Calon STPM 2016...

PUTRAJAYA - Seramai 565 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 memperoleh Purata...

Aidilfitri Luar Jangka, Peningkatan...

KUALA NERUS: Sambutan Aidilfitri luar jangkaan dan peningkatan jumlah kenderaan menjadi punca kebanyakan...

Persempadanan: Mahkamah Tolak Rayuan...

PUTRAJAYA - Kerajaan Selangor hari ini gagal untuk mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya...

Skandal Banglo Murah: LGE...

MUNGKIN inilah dikatakan hak kebebasan media cara pembangkang yang sering canang satu dunia...

Kesejahteraan Rakyat Antara Teras Manifesto BN Kedah

LANGKAWI – Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah untuk pilihan raya umum ke-14(PRU14) akan mencakupi segenap aspek yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Katanya keperluan-keperluan rakyat yang belum dipenuhi setakat ini akan dirangkumkan di bawah beberapa agenda yang digarap di dalam manifesto ini yang akan dilancarkan pada 18 April ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama penduduk Pulau Tuba dekat sini hari ini.

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaikan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada 24 orang penduduk pulau itu yang telah menduduki tanah kerajaan sejak lebih tiga dekad.


Katanya, masih banyak lagi permohonan telah diterima kerajaan dari penduduk yang layak untuk diberikan kebenaran menduduki tanah itu di pulau ini dan kelulusannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, Ahmad Bashah turut berharap Pulau Tuba yang mempunyai kira-kira 1,900 orang pengundi akan terus kekal sebagai salah satu kubu kuat BN di Langkawi dalam PRU14. – BERNAMA

Kategori