Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tempat Sembelihan Baharu Mula...

KUALA LUMPUR - Tempat sembelihan baharu yang dibina di perkarangan Masjid Negara mula...

Serangan Bom Ragut 34...

LASHKAR GAH - Angka korban serangan bom di luar bank di ibu wilayah...

Jenazah Pelajar KVPD Dikebumikan...

KLANG - Jenazah pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia...

ADUN DAP Hina Tok...

SHAH ALAM - Seorang ADUN DAP sengaja cari pasal dalam sidang Dewan Undangan...

Kes Lim Guan Eng Timbulkan Banyak Persoalan – Ezam

KUALA LUMPUR – Penarikan balik tuduhan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat sebagai janggal serta menimbulkan pelbagai persoalan memandangkan Ahli Parlimen Bagan itu kini menjadi anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Hisbah Centre For Reform (HISBAH), Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor berkata, oleh itu Jabatan Peguam Negara dituntut menjelaskan dengan tuntas perkara berkenaan secara terbuka sesuai dengan prinsip kerajaan PH yang mendukung prinsip ketelusan.

“Hisbah memandang serius keputusan menarik balik pendakwaan terhadap Guan Eng oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

“Ia sesuatu yang amat janggal dan menimbulkan pelbagai persoalan apatah lagi penarikan dibuat setelah Guan Eng menjadi anggota Kabinet kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Ezam selain itu, persoalan yang timbul daripada sudut keadilan ialah apakah wujud pertindihan kepentingan dalam keputusan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Kategori