Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dunia Diancam Kekurangan Air...

DUNIA perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan bekalan air bersih yang cukup dan...

Wanita Cuba Isi Petrol...

WASHINGTON - Sekumpulan lelaki merakam aksi seorang wanita cuba mengisi minyak petrol ke...

Suspek Sepak Pelajar Kolej...

SUSULAN kes seorang pelajar Kolej Vokasional di Bachok, Kelantan iaitu Mohamad Nor Akram Zime,...

Kerajaan Mansuh Kutipan Tol...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah...

Kerugian Forex: Kit Siang Bermain Sandiwara

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang bermain politik apabila menawarkan diri secara bersyarat untuk menyertai siasatan mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar 1990-an, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Kit Siang sebaliknya harus menyertainya dengan niat ikhlas jika beliau benar-benar berhasrat untuk membantu pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet untuk menyiasat kerugian itu.

Azalina berkata pasukan petugas khas itu terhad kepada bidang tugas tertentu untuk menganalisis dan meneliti kerugian forex melibatkan bank pada 1990-an, jika ada.

“Pasukan petugas itu akan mencadangkan tindakan yang sewajarnya diambil selepas selesai menjalankan siasatan awal dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Minggu lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata Kabinet bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada 1990-an.


Dalam respons kepada pengumuman itu, Kit Siang dilaporkan berkata beliau bersedia menawarkan diri untuk membantu siasatan itu, tetapi beliau hanya akan berbuat demikian jika siasatan juga dijalankan terhadap Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Azalina berkata permohonan Kit Siang itu tidak berasas dan tidak relevan kerana 1MDB telah pun disiasat oleh pasukan petugas khas yang terdiri daripada Ketua Audit Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Pasukan petugas itu juga termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang juga termasuk anggota Parlimen pembangkang,” katanya. – BERNAMA

Kategori