Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Menang Ke Atas Cardiff...

BINTANG Manchester United, Paul Pogba berterima kasih kepada Jose Mourinho kerana membantunya menjadi...

Beri Wang Pada Pengundi:...

Perkara yang lebih utama yang perlu diambil kira berhubung pemberian wang tunai adalah...

Ramai Graduan Universiti Bersedia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah permohonan pihak industri supaya kerajaan...

Wanita Tampar Muka Anak...

SEORANG wanita yang marah kerana anaknya tewas dalam perlawanan tinju, telah menambahkan kelukaan...

Kerjasama Dengan UMNO Hari Ini, Tuntutan Syarak – PAS

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan PAS ke atas UMNO sejak kebelakangan ini telah berubah.

Menurut beliau, perubahan itu bertujuan menyatukan umat Islam negara ini bagi mengagalkan cita-cita pihak yang mahu menangguk di air keruh.

“Memang betul ada perubahan pendekatan PAS dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi PAS termasuk Presiden dan Mursyidul Am PAS.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca Juga: “DAP Jangan Menyibuk Hal UMNO-PAS”

Ahmad Amzad berkata, pendekatan baharu PAS yang lebih terbuka dengan UMNO itu turut memenuhi tuntuan syarak iaitu merapatkan silaturrahim sesama umat Islam.

Menurutnya, perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif PAS sebelum ini.


“Setiap solat Jumaat kita tidak pernah pun berhalangan solat berjemaah bersama. Perpecahan merugikan semua,” katanya.

Hubungan baik PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini mengundang keresahan Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Situasi itu menyebabkan ahli dan penyokong Pakatan Harapan menyerang hebat Presiden dan Ulama PAS menerusi media sosial bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiti mereka. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori