Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Gembira Dapat...

KUBANG PASU - “Syukur kerajaan prihatin dengan nasib kami, bantuan ini saya akan...

Indentiti 4 Lelaki Kes...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis hari ini mendedahkan identiti empat lelaki yang...

Pelik, Bila PKR Tak...

PETALING JAYA - Seorang penganalisis mengingatkan bahawa keengganan PKR mendisplinkan ketua pemuda Haziq...

UMNO Belum Terima Permohonan...

TIMBALAN presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata UMNO belum menerima...

Kerjasama Dgn Bukan Islam Terbatal Jika Rosakkan Akidah

KUALA LUMPUR – Allah S.W.T menyuruh umatnya supaya berlaku baik dan berkasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi contoh Rasulullah S.A.W mengadakan hubungan dengan bukan Islam secara bertahaluf, bertaawun, berdamai, memaafkan kesalahan dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya, apabila berlaku sikap bermusuh yang mahu merosakkan aqidah maka segala bentuk hubungan itu adalah terbatal.

Justeru, katanya, setiap ahli PAS mesti bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

“Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya,” tegasnya dalam satu surat yang ditujukan kepada ahli PAS hari ini.

Abdul Hadi berkata, setiap pengikut perjuangan Islam juga wajib menyedari dan faham bahawa ada dua aspek penting dalam perjalanan perjuangan Islam yang sangat mencabar.


Katanya, pertama adalah aqidah perjuangan dan kedua pendekatan yang dilakukan, beramal, dakwah dan melaksanakan Islam bagi membawa rahmatnya kepada seluruh manusia.

Jelasnya, beristiqamah bersama aqidah perjuangan Islam adalah sangat berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.

“Ia menuntut kita tetap bersama Islam dengan keimanan kepada Allah perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apapun dugaannya.

“Aspek kedua menuntut kita beristiqamah melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah halal dan haramnya adalah dengan cara yang diizinkan oleh Allah, berhubungan dengan bukan Islam dan musuh dengan cara yang diizinkan Allah juga. Walaupun hukumnya dari segi aqidah tegas dan tetap,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori