Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Remuk Hati Ibu, Yaya...

KOTA BHARU - “Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan...

KPDNKK Tawau Rampas Gula...

TAWAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Tawau merampas...

Adam Rosly `Serang’ Rafizi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Parti Keadilan (PKR) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah...

Terapi Api Untuk Kurangkan...

ANDA nak kurus? Anda boleh cuba kaedah yang diamalkan di beberapa salon kecantikan...

Kerangka Baik Bolehkan UMNO Bertahan Lama

SANDAKAN – UMNO dapat bertahan lama sehingga kini kerana mempunyai kerangka yang baik dari peringkat akar umbi hingga ke pucuk pimpinan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Aman.

Justeru, kata Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu, seorang anggota UMNO harus bersyukur kerana menjadi sebahagian sebuah parti yang istimewa.

“UMNO punya kerangka baik bermula di peringkat Majlis Tertinggi turun kepada Badan Perhubungan UMNO negeri kemudian ke bahagian yang ada tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri seterusnya ke cawangan.

“Ia juga membolehkan pelaksanaan program untuk mendekati anggota parti dan rakyat di akar umbi sentiasa berterusan,” katanya pada Majlis Perjumpaan dengan Cawangan Puteri UMNO Sabah Zon Lima dan Enam di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Puteri UMNO Datuk Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Sabah Normala Rasik.

Dalam pada itu, Musa mahu anggota Puteri UMNO Sabah terus mengukuhkan persefahaman, kerjasama dan membantu satu sama lain.


Beliau mengingatkan mereka agar tidak menyimpan rasa marah, merajuk dan jauh hati kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada parti.

Katanya tumpuan kini harus diberikan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita mesti siap siaga supaya dapat menjalankan tugas yang diharapkan oleh pucuk pimpinan parti terutama untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang,” kata Musa. – BERNAMA

Kategori