Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Ditipu Mesti Bangkit...

MANIFESTO Pakatan Harapan (PH) telah terbukti sebenarnya hanya sebuah dokumen penipuan untuk memperdaya...

ECRL Akan Bantu Lonjakkan...

KUALA LUMPUR - Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 688 kilometer akan menjadi...

SEGERA: Pengarah Lembaga Peperiksaan...

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM,...

Video: Lelaki ‘Syaitan’ Pukul...

VIDEO memaparkan aksi seorang lelaki memukul beberapa kanak-kanak kecil di sebuah rumah kini...

Kerajaan Setuju Kongsi Wang Ihsan 50-50 Dengan Kelantan

TUMPAT – Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk berkongsi secara sama rata 50-50 wang ihsan berkaitan petroleum antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bermula tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata persetujuan itu berjaya diraih antara MAIK dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, JPP dan Kerajaan Persekutuan.

“Kita sudah ada banyak perbincangan dengan kerajaan negeri sebelum ini dan keputusan secara dasarnya sudah dicapai hanya menunggu masa untuk ditandatangani,” katanya dalam satu sidang media, di pusat media UMNO di Kampung Geting di sini hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkenaan akan diatur sebelum penyaluran agihan itu dibuat kelak.

“Biarlah segala diputuskan menerusi perbincangan dan musyawarah, bukan meraung sana sini ugut saya akan disebat. Itu tidak bertamadun. Ini rakyat kena tahu dan jelas,” katanya.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, isu royalti minyak dan wang ihsan sudah pun mula dimainkan oleh PAS sejak semalam iaitu hari pertama bermulanya kempen menjelang hari mengundi pada 25 September ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, soal kerajaan Persekutuan tidak mengendahkan rakyat Kelantan tidak timul kerana banyak perbincangan telah diadakan secara bersama dengan pimpinan negeri.

“Jadi sepatutnya isu ini tidak timbul lagi dan diperbesar-besarkan,” katanya sambil menafikan bahawa Barisan Nasional sengaja menggunakan isu royalti minyak untuk berkempen.

Malam tadi, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak teruk diserang oleh pemimpin-pemimpin PAS dalam ceramah PAS antaranya oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan Datuk Nasaruddin Daud.

Menurut mereka, kerajaan BN telah khianat kepada rakyat Kelantan dengan ‘mencuri’ wang royalti minyak yang sepatutnya menjadi milik Kelantan menurut perjanjian dengan Petronas dan kerajaan pada 1975. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori