Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Hulk Hogan Malu Rakaman...

MIAMI - Bintang gusti terkenal Amerika Syarikat, Hulk Hogan berkata, dia malu dengan...

Tidak Halang SPR Longgarkan...

KOTA TINGGI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai masalah sekiranya Suruhanjaya Pilihan...

Samirah Tak Setuju Duit...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tertuduh pertama kes...

Pindaan Akta SPRM Dibentang...

KUALA LUMPUR - Pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang...

Kenyataan SPR Syarat Tambahan Bahan Kempen

KUALA LUMPUR – Berikut adalah kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari ini berhubung syarat-syarat tambahan penggunaan bahan kempen semasa tempoh berkempen bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Syarat-syarat Tambahan Penggunaan Bahan Kempen Pilihan Raya Umum Ke-14

Permit Bahan Kempen

(a) Pemasangan bahan-bahan kempen mestilah mempunyai permit untuk mempamerkan bahan-bahan kempen kepada orang ramai dalam bahagian pilihan raya yang ditandinginya. Permit bahan kempen tersebut akan dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan di bawah Seksyen 24B (4), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Penggunaan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik

(b) Dihadkan kepada gambar 2 (dua) orang pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) bagi parti politik yang bertanding (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).

(c) Jawatan selain daripada Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) parti adalah tidak dibenarkan.

(d) Bahan kempen tersebut boleh digabungkan atau diletakkan secara berasingan bagi gambar kedua-dua pemimpin utama parti politik.

Gabungan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik Di Atas Satu Bahan Kempen

(e) Gabungan gambar pemimpin utama parti politik di atas satu bahan kempen yang sama hanya dihadkan kepada Presiden (atau setaraf dengannya), Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya), Pengerusi Perhubungan Negeri Parti (atau setaraf dengannya), Menteri Besar/Ketua Menteri dan calon (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).


(f) Jawatan selain daripada yang dinyatakan di perenggan (e) adalah tidak dibenarkan.

Penggunaan Lambang/Simbol Parti Politik

(g) Calon-calon yang bertanding mewakili parti politik dan ingin mengguna pakai lambang/simbol parti politik diminta agar memastikan lambang/simbol parti politik itu berdaftar dengan SPR.

(h) Lambang/simbol parti politik bagi calon yang bertanding dan lambang/simbol parti komponen berdaftar sebagai gabungan/pakatan yang diwakili calon tersebut dibenarkan untuk dipamer secara bersama atau berasingan di bahagian pilihan raya di mana calon tersebut bertanding.

Syarat-syarat sedia ada seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini dan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 MASIH TERPAKAI kecuali berkaitan syarat-syarat tambahan yang dinyatakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya
24 April 2018

– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori