PRN Sarawak: Kempen PKR Tikam DAP!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa pencapaian yang ditunjukkan oleh kerajaan Pulau Pinang bukti PKR boleh mentadbir sesebuah negeri dengan baik.

Justeru, Laman Facebook rasmi PKR dalam satu kenyataan mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini merupakan peluang terbaik untuk rakyat negeri itu mengundi PKR bagi membawa perubahan di Sarawak.

“PKR bersedia mentadbir negeri Sarawak dengan 18 `point roadmap’ yang menyeluruh. Kejayaan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang buktikan PKR boleh,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan PKR itu merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP kerana sering mendabik dada kononnya Pulau Pinang maju disebabkan pemimpin DAP.

PKR dan DAP sedang bersengketa kerana masing-masing enggan mengalah mahu bertanding di enam kawasan yang sama dalam PRN Sarawak kali ini.

DAP menuduh PKR mengkhianati parti itu kerana bertanding di kawasan terbabit manakala PKR mendakwa DAP memutar belit fakta berhubung perjanjian kedua-dua parti berhubung kerusi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...