Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MKN Senaraikan Aktiviti Dilarang...

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan aktiviti dilarang sepanjang tempoh pelaksanaan...

Kerajaan Pimpinan Melayu Hari...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan hari...

China Guna Arkeologi Bukti...

CHINA mula membina sebuah pangkalan untuk menyokong kajian arkeologi di Laut China Selatan...

Belia Terengganu Gesa Kerajaan...

KUALA TERENGGANU - Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) hari ini menyuarakan kebimbangan berikutan...

Kemelut Makin Meruncing, BN Akan Panggil Pemimpin MIC

Satu tindakan drastik bakal dilakukan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) setelah situasi dalam salah satu parti bawah naungannya, iaitu MIC, semakin parah.

Dalam satu kenyataan kepada pemberita hari ini, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau bersama-sama Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menangani isu tersebut dalam kadar segera.

palanivel_0707_840_592_100

Untuk itu, satu pertemuan bakal diadakan dalam tempoh terdekat bersama-sama pemimpin tertinggi MIC, iaitu Presiden, Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bagi membincangkan langkah mengatasi pergolakkan dalaman parti itu.

Memetik kenyataan beliau dalam laporan The Star, “Berdasarkan situasi semasa, jikalau BN tidak campur tangan, maka keadaan bakal menjadi bertambah teruk.

[ARTIKEL BERKAITAN: KJ Bimbang Kemelut MIC Jejaskan Imej BN]

BN akan membuat pertemuan dengan MIC dan mengambil langkah seterusnya berdasarkan perlembagaan MIC.”


Ujar Muhyiddin lagi, BN juga akan meneliti cadangan pemilihan semula pemimpin tertinggi MIC oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum melakukan keputusan.

Setakat ini, Presiden parti (G. Palanivel) sudah tidak terfokus… dan saya tidak berniat untuk mengkritik dan menampakkannya kelihatan teruk, namun situasi ini pastinya tidak baik.”

Isu dalaman MIC mula tercetus setelah pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan bagi jawatan 3 naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diputuskan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam suratnya yang bertarikh 5 Disember 2014, RoS memerintahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi kesemua jawatan tersebut dalam kadar masa 90 hari setelah dakwaan berlakunya kepincangan dan perlanggaran perlembagaan parti serta Akta Pertubuhan. – MYNEWSHUB.CC

Naib Presiden MIC, M. Saravanan Menerima Ugutan Bunuh Melalui Panggilan Telefon Ketika Sidang Media

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori