Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Selepas 2018, Tahun 2019...

TEMPOH pemerintahan Pakatan Harapan menjelang tahun 2019 ini akan memasuki fasa kedua, iaitu...

Kecoh… Iron Man ‘Gegarkan’...

JIKA sebelum ini, kecoh dengan berita mengenai Ultraman datang ke sebuah sekolah di...

Penyanyi Yale Yale Meninggal...

DUNIA hiburan minggu ini sekali lagi kehilangan sebutir bintang apabila penyanyi popular era...

KBAT 66% SPM 2017...

PUTRAJAYA - Penguasaan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran...

‘Keluar PAS Bukan Keluar Islam’ – PAS Kota Raja Lepas Jawatan

MENJELANG  penubuhan secara rasmi Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dikenali sebagai Parti Amanah Rakyat pda tanggal 31 Ogos depan, semakin ramai pemimpin akar umbi PAS mula meletakkan jawatan dalam parti Islam berkenaan.

Tepat jam 5 petang Rabu, satu sidang media pengumuman perletakan jawatan dibuat di kawasan Parlimen Kota Raja, Selangor yang mana kesemua kepimpinan tertinggi dan ahli jawatankuasa (AJK) PAS di situ bertindak melepaskan posisi mereka dalam parti.

Tindakan tersebut melibatkan Yang Dipertua kawasan berkenaan, Jaafar Samsuddin, timbalan, setiausaha serta 14 orang AJK. Selain itu, sembilan ketua-ketua cawangan serta AJK yang bernaung di bawah mereka turut mengambil keputusan sama.

Masuk GHB, PAS Kawasan Kota Raja Umum Letak Jawatan

Bahkan, 22 ketua dan kesemua AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasan Kota Raja mengumumkan tindakan melepaskan jawatan di kawasan tersebut.

Bercakap dalam sidang media tersebut, Dr. Siti Mariah Mahmud selaku Ahli Parlimen di situ berkata, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti biasa.

“Saya tetap akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat di Kota Raja walaupun wadah saya sudah berubah, ia tidak menjejaskan langsung khidmat saya kepada rakyat dan Insya-Allah anggota Harapan Baru akan memberi dokongan kepada saya.”

DSC05835
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud

Bercakap pula soal keahlian mereka di dalam parti, beliau dengan nada penuh yakin berkata, ia tidak akan terlucut sehinggalah penubuhan Parti Amanah Rakyat pada hujung bulan ini yang mana keahlian mereka dalam PAS akan terbubar secara natural.

Selain itu, Dr. Siti Mariah turut menafikan tindakan yang diambilnya itu sebagai satu pengkhianatan kepada pengundi di kawasan tersebut kerana sebelum ini mereka memilihnya atas tiket PAS.

“Kalau kita kaji balik, rakyat memberi sokongan sebenarnya kepada Pakatan Rakyat, bukan pada PAS secara spesifik.

“Bagi saya, saya tak mengkhianati amanah rakyat dan saya masih dalam perjuangan Islam tetapi oleh kerana pendekatan politik berbeza terutamanya setelah PAS ambil keputusan keluar daripada Pakatan.”


Ujarnya lagi, tindakan berkenaan juga dibuat susulan arahan pemimpin tertinggi pusat agar individu-individu yang tidak lagi sehaluan dengan parti untuk segera melepaskan jawatan-jawatan mereka.

“Malam ini akan diadakan mesyuarat khas PAS Kota Raja dan akan ada penyerahan tugas kepada AJK yang masih lagi setia bersama PAS.”

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan perletakan jawatannya sebagai sesuatu yang sukar namun perlu dilakukan atas sebab keputusan yang diambil PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP sukar diterima di Selangor.

“PAS adalah satu wadah perjuangan Islam, leaving PAS doesn’t mean leaving Islam. Kita akan pergi kepada wadah yang lebih terbuka, lebih inklusif, lebih memikirkan tentang masa depan Malaysia untuk menyatukan rakyat kita.”

Sehingga kini, selain dari kawasan Kota Raja, kepimpinan Pas di kawasan Parlimen Hulu Selangor, Shah Alam dan Kelana Jaya adalah antara kawasan yang sudah membuat keputusan nekad untuk menyertai GHB.

Setakat ini,  dua orang ADUN Pas dimaklumkan bakal menyertai parti baharu itu iaitu ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan Hulu Klang, Saari Sungib; manakala tiga ahli parlimen Pas bertindak serupa iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Hanipa Maidin (Sepang). – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=9igKBRUluVc

Wartawan: IZZAT MOHD ANUAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori