Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ronaldinho Bakal Tubuh Akademi...

SINGAPURA - Bintang sensasi Piala Dunia FIFA 2002 Korea Selatan/Jepun, Ronaldinho Gaucho dari...

Isu Pelantikan Rahim Noor:...

BUTTERWORTH - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Perdana Menteri, Tun Dr....

Zila Bakarin Satu Keluarga...

BERPAKAIAN baju kurung atau kebaya mungkin menjadi pilihan lazim bagi golongan wanita Melayu...

Dadah: NGO Perlu Utamakan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu badan-badan bukan kerajaan...

Kekal Kesefahaman, Keamanan Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia harus merapatkan hubungan dan kemesraan sesama insan agar nikmat keamanan, kesefahaman dan kemuafakatan antara semua yang dapat dilihat di negara ini akan sentiasa dirasai hingga ke generasi akan datang, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam kenyataan bersempena Aidilfitri yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, MCA komited dalam menyokong usaha progresif dan kesederhanaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) demi mencipta sebuah negara Malaysia yang cemerlang untuk rakyat.

“Sememangnya, Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod terbukti dalam pentadbiran yang aman dan progresif serta membangkang segala jenis pecah-belah antara masyarakat.

“Musim perayaan ini melambangkan keharmonian, kebahagiaan dan kesucian. Setiap tahun, rakyat Malaysia daripada berbilang kaum bersatu atas talian persaudaraan utuh yang menyatukan semua, tidak kira bangsa dan agama. Ternyata inilah antara keistimewaan negara kita.

“Moga bulan Syawal tahun ini membawa berkat kepada semua. Berhati-hatilah di jalan raya dan berehat seketika jika perlu. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia,” kata Liow yang juga Menteri Pengangkutan.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana rakyat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum bebas menganuti serta mengamalkan kebebasan beragama.

Beliau berkata kepelbagaian kaum itu dipenuhi dengan nilai persefahaman, hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia yang menjadi kekuatan Malaysia sebagai negara yang dihormati dan disegani dunia.


“Saya menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dan rumah terbuka dalam melestarikan pertautan yang erat dan akrab serta memupuk semangat muhibah dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya dalam perutusan bersempena sambutan Aidilfitri.

Dr. Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan mengingatkan rakyat agar mengamalkan pemakanan secara sihat melalui pengambilan makanan tanpa menjejaskan kesihatan ketika musim perayaan.

“Justeru itu, pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia agar makan secara sihat kerana “makan secara sihat, kunci kesihatan,” katanya. – Sinar Harian Online

Kategori