Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Ehh… Zizan Dan Emma...

TERKEJUT kami mendengar, hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang dikatakan...

“Saman Keluarga Sendiri Cemar...

SINGAPURA - “Menyaman adik-beradik saya sendiri di mahkamah akan hanya terus mencemarkan nama...

Arul Kanda Ditahan SPRM

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy...

‘MyPrice Dashboard’ Pantau Harga...

PUTRAJAYA: Perubahan harga harian barangan keperluan terpilih kini boleh dipantau melalui MyPrice Dashboard.Dibangunkan...

Kedah Bentang Bajet 2017 Berjumlah RM1.06b

ALOR SETAR – Kedah membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM1.06 bilion dengan defisit RM75.5 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM734.7 juta.

Bertemakan ‘Muafakat Memacu Ekonomi, Menggilap Potensi Negeri’, bajet yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu memperuntukan RM810.1 juta sebagai perbelanjaan mengurus dan RM256.4 juta perbelanjaan pembangunan.

“Ini berbeza dengan Bajet 2016 yang mencatatkan defisit sebanyak 14.9 peratus dengan jumlah RM107.8 juta. Bermakna untuk Bajet 2017, defisit telah berjaya dikurangkan sebanyak 4.63 peratus.

“Bagi menjadikan perbelanjaan pembangunan 2017 memenuhi sasaran terutama mengisi keperluan sebenar masyarakat B-40, maka sasaran perbelanjaan dijangka dapat dicapai sekurang-kurangnya 90 peratus daripada keseluruhan anggaran untuk 2017,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Bajet itu, katanya berpaksikan empat strategi utama iaitu meningkatkan perolehan dan perbelanjaan hasil secara cekap dan berhemah, menambah nilai selain meneroka potensi ekonomi baharu, mencergaskan aktiviti ekonomi rakyat, dan menangani isu kebajikan rakyat berbilang kaum melalui langkah yang betul.

Ahmad Bashah berkata prestasi kewangan negeri sehingga 3 Nov lalu mencatat peningkatan 23.26 peratus iaitu RM448.36 juta berbanding RM344.09 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Nilai pelaburan bagi suku pertama 2016 melibatkan kelulusan 12 jenis projek bernilai RM241.8 juta merangkumi pelaburan domestik, asing dan pembesaran pelaburan sedia ada,” katanya.

Kerajaan negeri, katanya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana telah mempertimbangkan pinjaman bagi baki pembayaran tertangguh projek pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berjumlah RM266 juta dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun.

“Menerusi kaedah ini, tanggungan kerajaan negeri bagi bayaran pinjaman KUIN telah dapat diturunkan dari RM44.5 juta setahun kepada RM19.6 juta. Ini memberi kelebihan kepada kerajaan negeri untuk terus merancang program pembangunan pada masa hadapan,” katanya.

Bagi mengatasi krisis air yang dialami penduduk negeri itu, peruntukan melebihi sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu RM188 juta diberikan melalui pinjaman kerajaan Persekutuan.

Menurut Ahmad Bashah, antara projek yang menjadi tumpuan ialah naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kulim High Tech, menambah keupayaan LRA Jenun Baru serta naik taraf LRA Bukit Selambau, Sungai Limau, Bandar Baharu dan pembangunan bekalan air Langkawi.

Menyedari ketidakstabilan nilai ringgit yang turut memberi kesan kepada pelajar Kedah di luar negara terutama di Mesir dan Jordan, kerajaan negeri pada 15 Okt lalu bersetuju menaikkan kadar biasiswa serta pinjaman kepada 13 hingga 16 peratus termasuk pelajar yang membiayai sendiri pengajian mereka.

“Dalam pertemuan saya dengan pelajar Kedah di universiti seluruh Jordan, sumbangan tahunan khas berjumlah RM30,000 turut diberikan bagi melaksanakan pelbagai program bermanfaat,” katanya.


Daripada aspek pendidikan agama, beliau berkata hasrat Kedah menjadi Hab Maahad Tahfiz dan pondok pengajian tersohor negara bukanlah angan-angan kosong, malah Bajet Persekutuan turut memperuntukan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

“Mengambil kira sumbangan pondok pengajian agama dalam menggilap modal insan yang seimbang, peruntukan sebanyak RM2 juta telah diperuntukan di bawah Program Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) Pendidikan dan Modal Insan,” katanya.

Jelasnya, peruntukan itu merangkumi bantuan mengurus kepada 10 institusi pondok dan pelajar asrama Sekolah Agama Rakyat di mana setiap pondok menerima RM20,000 bagi tujuan pembelian kitab pengajian.

Peruntukan sejumlah RM16.6 juta juga turut disediakan bagi menaik taraf Maktab Mahmud, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, serta program menaik taraf sekolah agama, masjid dan surau.

Bagi menyediakan infrastruktur yang baik kepada rakyat, beliau berkata sejumlah RM91 juta diperuntukan, antaranya RM8 juta untuk pemulihan kerosakan akibat banjir dan RM8.17 juta bagi bayaran imbuhan tanah dan pampasan untuk jalan-jalan negeri.

Ahmad Bashah juga berkata bagi menyuburkan budaya sukan pula, Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) yang dahulunya dikenali sebagai mini Olimpik peringkat negeri turut diperkenalkan semula sebagai platform membekalkan atlet kepada skuad Sukan Malaysia (SUKMA) negeri.

“Lapan jenis sukan dipertandingkan di empat daerah dan pada tahun hadapan acara trek dan balapan turut dipertandingkan,” katanya.

Kedah juga katanya akan terus mempertahankan status Negeri Jelapang Padi dengan sumbangan 38 peratus bekalan makanan negara iaitu meliputi 112,858 hektar sawah padi.

“Bagi menjayakan hasrat ini, Bajet 2017 memperuntukan sejumlah RM14.5juta atau 5.67 peratus daripada anggaran peruntukan pembangunan untuk sektor pertanian, ternakan dan industri asas tani,” katanya.

Menteri Besar turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri berjumlah 6,090 yang akan dibuat pada akhir tahun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM3.045 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori