Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Ingatkan DAP Jangan...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan DAP supaya tidak memandang rendah kepada gerakan Tabliqh...

HFMD Boleh Bawa Maut...

KUALA LUMPUR - Komplikasi kronik yang wujud akibat penyakit kes penyakit tangan, kaki...

Umum Anwar Sebagai Calon...

KUALA LUMPUR – Keputusan Pakatan Harapan meletakkan Ketua Umum Pakatan Harapan yang kini...

Drama, Artis & IG...

SEORANG artis terkenal pernah memberitahu: "Aku tak peduli kalau setahun tak keluar akhbar....

Kaum Cina Kukuh Hasil Perniagaan Haram – Perwakilan

Ketika membuat perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), perwakilan dari Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said berkata, kekuatan masyarakat Cina datang dari sumber perniagaan haram seperti judi dan pelacuran.

Generalisasi tersebut disusuli dengan solusi beliau bahawa tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dikutuk kerana aktiviti tersebut yang bebas berleluasa.

Kita tahu kekuatan Cina datang dari bisnes haram seperti judi, pelacuran tapi di mana pihak berkuasa?

Saya pergi Permatang Pauh, saya nampak bisnes maksiat ini banyak, kereta tinted pun lepas,” petik ujarannya dari portal The Malaysian Insider.

Lantas, beliau menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu-individu tersebut agar mereka takut dengan kerajaan.


Nasib baik kita tidak buat apa-apa. Kalau kita banteras aktiviti ini, mereka akan takut kepada kerajaan. 

Kalau kita tidak ambil tindakan tegas kita akan dihina, ini kerana sikap pegawai kita sendiri,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori