Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KDN Tak Berkompromi Isu...

TAWAU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi tentang masalah disiplin dan...

Jangan Jual Undi Untuk...

SRI AMAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengundi di kawasan Dewan...

Air Pasang Besar Akibatkan...

KOTA BHARU - Air pasang besar yang dijangka berlaku antara 2 dan 6...

Malu Besar Pemimpin PAS...

Sangat menghairankan semakin deras pimpinan tertinggi PAS menyerang UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri...

Kata-Kata Pimpinan PAS Kecam DAP

“Serangan peribadi yang tajam dan kasar kepada Presiden PAS seperti tuduhan mengatakan beliau khianat, tidak jujur, tidak bermaruah dan bergabung dengan UMNO adalah serangan yang pasti mencalarkan hati dan perasaan sekalian ahli PAS. Saya mempertegaskan DAP menarik kembali keputusan yang aneh lagi pelik itu kerana tidak ada kerjasama yang menafikan ketua untuk mewakili partinya sendiri. Kami para pimpinan dan ahli PAS tetap berdiri teguh dan bersama dengan Abdul Hadi”.  -(Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar)

“Putuskan hubungan dengan Presiden PAS diterima penuh oleh ahlinya adalah sama seperti putuskan hubungan dengan PAS itu sendiri. Realiti inilah yang DAP `malu-malu kucing’ untuk berterus terang Saya rasa DAP menaruh sesuatu terhadap pemilihan kepimpinan PAS akan datang dan saya rasa DAP mengaharapkan kepimpinan PAS akan datang dibarisi oleh pemimpin yang mesra DAP dan mudah mengikut citarasa mereka”. – (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan)

“Sikap dan pendirian Presiden PAS dalam mempertahankan akidah perjuangan dengan tidak tunduk kepada sebarang desakan luar wajib dipertahankan oleh semua ahli gerakan Islam. Jangan jadi bacul dan dayus terhadap penghinaan yang jelas ini. Lakukan apa saja untuk mendaulatkan Islam dan mendapatkan redha Allah” – (Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria)

“Nama dan batang tubuh Abdul Hadi adalah entiti kepada seorang Presiden kepada sebuah parti. Justeru, sebarang kenyataan mengenainya sama ada untuk menjalin atau memutuskan hubungan akan memberikan kesan yang sangat besar kepada gerakan yang diterajui olehnya”. – (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd. Yusoff)

“Sebagai ahli PAS sudah tentu kita lebih lebih percaya kepada Presiden PAS daripada orang lain. Kita lebih kenal hati budinya. Beliau naik memimpin Pas bukan melalui hamparan permaidani merah. Menempuh badai dan ombak. Satu perkara yang pelik kalau kita ahli PAS, lebih percaya orang luar daripada pimpinan PAS Kalau ini terjadi sama seperti cerita pelik, ayam makan musang” – (Idris Ahmad)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori