Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

60 Hektar Sawah Padi...

BAGAN SERAI - Benih padi yang ditabur dalam kira-kira 60 hektar sawah padi...

Kementerian Diarah Kemuka Perancangan...

PUTRAJAYA - Semua kementerian diarahkan mengemukakan perancangan pelaksanaan projek pembangunan untuk tahun 2021...

MOF, MIDA Teliti Insentif...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang...

DAP Juga Ada Peranan...

KUALA LUMPUR – Jika DAP dan portal berita Malaysiakini serius untuk membincangkan Peristiwa...

Kapal Mewah Equanimity Disita Secara Teratur – Peguam Negara

PETALING JAYA – Kapal layar mewah Equanimity disita mengikut undang-undang Malaysia, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah memohon bidang kuasa Admiralti Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur terhadap kapal layar tersebut dan pada Isnin mahkamah mengeluarkan Waran Penahanan terhadapnya.

“Oleh itu, “Equanimity” kini telah disita secara teratur di bawah undang-undang Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan sejurus selepas kapal layar bernilai bilion ringgit itu berlabuh di Pusat Pelayaran Boustead, Pulau Indah pada pukul 1 petang Selasa.

Thomas menambah, lanjutan daripada Triti-Triti Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Indonesia, Amerika Syarikat dan Malaysia yang diaktifkan baru-baru ini, rundingan sensitif dan rumit telah diadakan di peringkat tertinggi pelbagai agensi di ketiga-tiga negara untuk mencapai kejayaan tersebut.

“Kapal layar tersebut telah disita oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari 2018 atas permohonan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

“Penyitaan tersebut dibuat atas inisiatif DOJ yang menuntut hak milik ke atas kapal layar tersebut bagi pihak Malaysia dan 1MDB kerana wang milik kita telah digunakan untuk membelinya,” tambah beliau.


Thomas juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Amerika Syarikat, terutamanya Polis Republik Indonesia (Polri) dalam menghulurkan kerjasama dengan Malaysia untuk membolehkan Equanimity kembali ke negara ini.

Menurut beliau, antara agensi tempatan yang terlibat dalam operasi tersebut adalah Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara. – The Star/mStar Online

Kategori