Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PATI: 2 Lagi Pusat...

KUALA LUMPUR - Dua pusat tahanan sementara (PTS) bernilai RM50 juta akan dibina...

Pekerja Asing Maut, Cedera...

PUTRAJAYA - Seorang pekerja warga Nepal maut manakala seorang rakannya warga Bangladesh cedera...

Kerajaan Akan Penuhi Obligasi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memenuhi obligasi membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB)...

Warga Emas 89 Tahun...

MESKIPUN telah mencecah usia emas, seorang pakar bedah dari Rusia yang berusia 89...

“Kalau Boleh Tak Perlu Pilihan Raya, Buat Revolusi”

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan, Mohamad Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu berharap penyokong muda pembangkang bangkit untuk melancarkan revolusi di Malaysia.

Kata beliau, sekiranya golongan muda menggerakkan revolusi, maka Malaysia tidak perlu mengadakan pilihan raya bagi menumbangkan kerajaan.

“Syabas, syabas anak muda. Saya mahu anak muda bangkit. kalau boleh kita tak perlu pilihan raya kita buat revolusi,” ujarnya dalam satu sesi dialog dengan penyokong muda Pakatan Harapan baru-baru ini.

Video sesi dialog dipercayai secara tertutup itu bagaimanapun tersebar di media sosial sejak semalam. .

Mat Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (PAN) dan bekas Timbalan Presiden PAS berkata demikian sebagai respons kepada soalan dibangkitkan penyokong muda pembangkang.

Penyokong muda pembangkang itu dalam nada marah mempersoalkan mengapa pemimpin Pakatan Harapan meminta mereka mempercayai Tun Dr. Mahathir Mohamad sedangkan mereka sentiasa dihasut membenci Mahathir selama ini.


“Saya adalah generasi reformasi. Kita setiap hari dihasut untuk membenci Mahathir. Jangan percaya apa pun pasal mahathir. Palang pada huruf `P’ titik pada huruf `I’ (nama Mahathir) pun jangan percaya.

“Sekarang dia percaya mengapa? Mengapa hendak percaya pada mahathir. Sendiri cakap tak boleh percaya lepas itu suruh orang percaya.

“Mengarut la semua ni. Kami dan dah penat nak dengar ceramah air liur, penat nak dengar ceramah politik badut-badut ini,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori