Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bank Perlu Perjelas Moratorium...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) diharap dapat memberi penjelasan terperinci...

BN Akan Keluarkan Risalah...

LUNDU - Ketiadaan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu dalam kempen...

Bantulah Ibu Ini Untuk...

Jika anda masih ingat, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah pernah mempersoalkan mengenai kes...

Messi Cipta Kembali Imej...

DOHA: Ada gambar yang meninggalkan kenangan dalam sejarah sukan. Gambar ikonik yang setiap...

Kabinet Bincang Isu Pengambilan Pekerja Nepal Jumaat Ini

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri akan membincangkan isu mengenai pengambilan pekerja asing dari Nepal pada Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Beliau berkata antara isu utama yang akan dibincangkan termasuklah peranan sebuah syarikat tempatan yang dikaitkan dengan urusan pengambilan pekerja asing dari negara itu.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi Waktu Petanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, hari ini, beliau berkata yang menjadi isu adalah penyumberluaran yang dilakukan syarikat berkenaan.

Kula Segaran berkata perkara itu akan diperhalusi dan tindakan perlu diambil jika berlaku sebarang penyelewengan.

Beliau menjawab soalan Ismail yang ingin tahu sama ada penarikan balik kelulusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk tahun ke-11 oleh kerajaan baru-baru ini menyebabkan kerajaan Nepal tidak berminat menghantar rakyatnya bekerja di Malaysia.

Sebelum ini, portal Nepali Times dalam laporan bertajuk ‘Kleptocrats of Kathmandu and Kuala Lumpur’ menamakan beberapa syarikat lain menerima sokongan ahli politik berpengaruh Malaysia, yang mengaut keuntungan menerusi urusan pengambilan pekerja asing di negara ini.


Berikutan isu itu, Kerajaan Nepal dilaporkan menyekat rakyatnya untuk datang ke Malaysia berkuat kuasa serta-merta kerana tidak gembira dengan peraturan Jabatan Imigresen negara ini yang ketat terhadap pekerjanya sebelum diambil bekerja.

Ia termasuk monopoli daripada syarikat swasta itu bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan sebagai sebahagian keperluan visa.

Kula Segaran berkata setakat 20 Jun lepas, jumlah pekerja asing yang dikeluarkan PLKS oleh Jabatan Imigresen adalah 1,747,154 orang, dengan 378,577 adalah dari Nepal, iaitu angka kedua tertinggi selepas pekerja Indonesia. – BERNAMA

Kategori