Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cap Dagangan: 28 Sen...

BARU-BARU ini kalau korang baca, seorang wanita di Kelantan berjaya ditangkap kerana ambil...

Pos Malaysia Akan Pertingkat...

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan pos negara, Pos Malaysia Bhd akan menggandakan kapasiti...

MCA Lancar Deklarasi Balakong...

KAJANG - MCA menyifatkan 'Deklarasi Balakong' yang dilancarkannya hari ini sebagai reformasi hala...

Amerul Affendi Akur Dipinggir...

PELAKON, Amerul Affendi berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen...

Jualan Harapan Rakyat Tawar Bahan Basah Murah

KUALA LUMPUR – Program Jualan Harapan Rakyat Malaysia, yang dilaksanakan serentak di sembilan kawasan di sekitar Lembah Klang hari ini, menjadi alternatif bagi pengguna mendapatkan bahan basah pada harga yang lebih murah.

Program itu dianjurkan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia itu serta mendapat sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tinjauan Bernama di tapak jualan Pasar Bandar Baru Ampang dekat sini mendapati mereka mula menunggu untuk membeli barang basah berkenaan sejak 7.45 pagi.

Dan, rata-rata pengguna itu berpuas hati dengan harga yang ditawarkan peniaga dengan kebanyakan mereka pulang dengan lebih daripada dua bungkusan plastik besar.

Suri rumah Yahani Mohamed Yusof, 42, berkata program itu patut diperluaskan ke semua tempat kerana ia sedikit sebanyak mampu membantu rakyat mengurangkan perbelanjaan terutamanya menjelang Hari Raya minggu depan.

“Selalu saya berbelanja untuk persediaan beli barang sahaja lebih kurang RM250…hari ini, saya dapat berjimat kerana hanya belanja RM150 sahaja,” katanya.

Sementara itu, pekerja restoran Rahim Dali, 37, berkata program itu perlu diberi liputan lebih meluas kerana ia dapat membantu rakyat berbelanja.

“Saya tahu pasal jualan ini dari saudara saya sebab dia datang dulu. Lepas itu, baru maklumkan kepada saya. Saya berbelanja RM50 sahaja kerana anak dua orang saja di rumah. Tapi kalau beli ditempat lain, jumlah belanja boleh mencecah RM100,” ujarnya.

Antara bahan basah yang dijual adalah ayam, ikan, daging dan telur.


Turut hadir pada program itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha dan Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Nadzim berkata jualan itu memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barangan basah yang segar.

“Mereka sangat gembira…buat hari hari bagus kerana harga lebih murah dari pasaran dan kualiti juga elok. Ini adalah salah satu sokongan aktivis dalam menurunkan harga barang.

“Kita juga peruntukkan RM10,000 nilai stok untuk Ampang sahaja. Tidaklah besar kerana masih di peringkat permulaan dan akan dilaksanakan setiap hujung minggu,” katanya.

Selain di Ampang, jualan berkenaan turut dilaksanakan di beberapa tempat iaitu di Putrajaya, Kajang dan Sepang. – BERNAMA

Kategori