Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menjawab Tuduhan 30 Dalil...

Jangan Risau… Klik Sini

Raja Permaisuri Agong Zahir...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari...

Pihak Masjid Bantu Bayar...

IHSAN... Pihak Masjid Al Salam di Forth Smith, Arkansas, Amerika Syarikat memaafkan tindakan...

Suami Isteri ‘Mingguan’ Boleh...

KUALA LUMPUR - Suami isteri 'mingguan' boleh memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia...

Jamal Mahu Serah Diri Kepada Polis Jika Menang

KUALA LUMPUR – Setelah menghilangkan diri sejak 25 Mei lepas, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil menyatakan beliau akan menyerah diri kepada polis jika menang jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan yang berlangsung hari ini.

Jamal memaklumkan perkara itu menerusi beberapa rakaman video terbaharu yang mula tular hari ini dengan dituju kepada pengamal media dan perwakilan UMNO.

“Gua masih dalam keadaan sihat walafiat dan masih berada di dalam negara sahaja, don’t worry esok gua menang Ketua Pemuda UMNO, lusa gua datang balai polis, no problem, gua tak cabut gua tak lari, sebab depa nak menganiayai gua, gua cabut lah,” katanya menerusi rakaman video berkenaan yang dipercayai dirakam malam tadi.

Jamal turut mengingatkan Pemuda UMNO agar memilih pemimpin yang berani.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pada sidang media hari ini berkata pihaknya dalam usaha mengesan Jamal di dalam dan luar negara.

“Lambat laun kita akan dapat juga walau di mana sahaja dia berada…waran tangkap terhadapnya telah dikeluarkan sejak dulu lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata Pengerusi Gerakan Baju Merah itu sepatutnya mengikut prosedur dengan menampilkan diri untuk membantu siasatan dan bukannya mengeluarkan kenyataan media ketika dalam pelarian sehingga menafikan tindakan mahkamah.

“Apa yang susah sangat?” katanya.


Jamal merupakan antara sembilan calon Ketua Pemuda pada pemilihan kali ini selain Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Khairul Azwan Harun.

Jamal, 48, dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober lepas.

Selain itu beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960. – BERNAMA

Kategori