Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Calon PAS Dedah Tidak...

KUALA LUMPUR - Calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad mendedahkan beliau sebenarnya tidak pernah...

Moyes Terkejut Hart Tersilap...

PENGURUS West Ham United, David Moyes berkata, dia terkejut dengan kesilapan yang dilakukan...

Rupanya Pelawak Maidin Meninggal...

Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai,...

Pendeposit TH Diminta Kemas...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) meminta pendeposit mengemas kini maklumat peribadi...

Jabatan Penjara Diperguna Halang Anwar Ke Parlimen – PKR

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berselindung di sebalik penjawat awam untuk menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi Sidang Dewan Rakyat bermula Isnin depan.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin berkata, penolakan permohonan Anwar untuk menghadiri sesi Sidang Dewan Rakyat akan datang satu bentuk pencabulan hak dan amalan demokrasi negara ini.

“Anwar wakil seluruh masyarakat Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia sebagai Ketua Pembangkang. Maka, permohonan beliau wajar dipertimbangkan semula.

“Menteri Dalam Negeri tidak wajar berselindung di sebalik penjawat awam dengan menggunakan mereka untuk menolak permohonan dari pihak Anwar untuk menghadiri sesi Sidang Dewan Rakyat ini,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Afif mendakwa, ada Ahli Parlimen di Ukraine yang dihukum penjara selama tujuh tahun dibenarkan hadir ke sidang Parlimen negara itu pada 11 Oktober 2011.

“Ketua pembangkang Ukraine, Yulia Tymoshenko didapati bersalah dalam menyalahgunakan jawatannya semasa menjadi broker urus janji gas 2009 dengan Rusia.


“Tetapi beliau dibenarkan menghadiri sidang parlimen negara tersebut. Perkara ini adalah hak seorang tahanan politik selagi mana tidak ada undang –undang atau keputusan akhir untuk menggugurkan kelayakan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen,” dakwanya.

Jabatan Penjara semalam dilaporkan menolak permohonan Anwar yang juga Ketua Umum PKR untuk menghadiri sidang Parlimen yang bakal bermula Isnin depan.

Berita tersebut dilaporkan oleh portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori