Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RapidKL Lanjut Waktu Operasi...

KUALA LUMPUR – Waktu operasi perkhidmatan LRT, MRT dan bas di beberapa stesen terpilih...

Bunuh, Kerat Mayat Rakan...

JAKARTA - Seorang lelaki yang berang selepas rakannya sering meminjam wang bertindak memukul...

Universiti Jepun Minat Buka...

NAGOYA - Beberapa universiti Jepun berminat membuka cawangan di Malaysia dan permintaan mereka...

Lembah Klang Beralih Fasa...

KUALA LUMPUR - Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa...

Isu WSJ: Belajar Berita Palsu Media Asing Di Iraq

ISU laporan diragui The Wall Street Journal (WSJ) yang jelas memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menarik perhatian pelbagai pihak serta tampil mempertikaikan agenda akhbar tersebut.

Terbaharu, parti kaum India terbesar di negara ini, MIC turut membidas laporan WSJ itu, malah Ketua Biro Perhubungan Awam dan Komunikasi parti tersebut, Datuk Seri S. Vell Paari ada hujah tersendiri yang patut dijadikan pengajaran.

Berikut disiarkan kenyataan media beliau sebagai mengulas laporan tidak bertanggungjawab WSJ ke atas Najib:

Sejak beberapa bulan lalu bahkan boleh dikatakan setiap hari, rakyat Malaysia terdedah kepada usaha berterusan bagi mencemarkan nama baik Perdana Menteri oleh pelbagai media asing, pembangkang dan bekas pemimpin kanan tertentu.

Setiap kali tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib, seruan pantas yang kita terima daripada pembangkang dan bekas pemimpin kanan tertentu ialah “Undur Najib!”

Malah setiap kali tuduhan yang dibuat ke atas Perdana Menteri oleh media asing, terbaharu WSJ seruan pantas yang kita terima daripada pembangkang dan bekas pemimpin kanan tertentu, “Undur Najib!”

Kepada mereka yang membuat seruan itu, sila berikan saya apakah definisi perkataan “Dakwaan”? Oleh kerana saya bukan seorang pakar dalam perbendaharaan kata bahasa, saya cuba cari melalui Google maksud “Dakwaan”.

Google mentakrifkan: “Dakwaan adalah tuduhan bahawa seseorang telah melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atau salah, yang dibuat tanpa bukti.” Kata kunci perkataan sihir di sini ialah “TANPA BUKTI”.

Inilah yang berlaku dalam tempoh 24 jam lalu terdapat gembar-gembur yang kononnya besar ekoran dakwaan yang dibuat oleh akhbar asing, WSJ terhadap Najib.

Allahyarham Saddam Hussein

Betulkan saya jika saya salah tetapi bukankah akhbar ini juga merupakan sebahagian daripada konsortium media terdiri daripada beberapa kerajaan asing yang membuat dakwaan ke atas Allahyarham Saddam Hussein.


Kononnya bekas Presiden Iraq itu telah menghasilkan Senjata Pemusnah Besar-besaran atau WMD sekali gus dakwaan palsu tersebut telah membawa kepada pencerobohan bala tentera asing di Iraq dan Saddam akhirnya mati dihukum gantung.

Bolehkah mereka yang seronok mencemarkan nama Najib hanya berdasarkan kepada dakwaan WSJ itu, mendidik saya jika terdapat apa-apa bukti kesan WMD pernah ditemui di Iraq sehingga hari ini?

Bolehkah mereka yang mencemarkan nama Najib berdasarkan dakwaan WSJ itu, mendidik saya keadaan semasa kehidupan rakyat Iraq yang kini getir setiap hari?

Apakan media asing yang berpejabat biro di Iraq telah buat untuk menjamin kualiti hidup yang baik terhadap rakyat Iraq?

Terbukti dakwaan konsortium mereka mengenai WMD yang membawa kepada pencerobohan Iraq adalah palsu.

Soalan saya hanya untuk orang-orang yang membuat dakwaan ini terhadap Najib. Adakah terdapai waima satu bukti untuk membuktikan sama ada apa-apa perbuatan penipuan atau jenayah dilakukan oleh Najib.

Jawapannya adalah “TIDAK”.

Jadi soalan yang kita perlu tanya pada diri kita sendiri, adakah kita bersedia untuk menggadai risiko masa depan Malaysia hanya bersandarkan kepada dakwaan palsu media asing, pembangkang dan bekas pemimpin kanan. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori