Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Misteri’ Kehilangan Instagram Azwan...

NAMA Azwan Ali sering menjadi perhatian netizen kerana kelantangannya memberikan pandangan. Pengacara dan pelakon...

Suspek 60 Tahun Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang suspek lelaki berusia 60 tahun ditangkap di Kampung Pantau-Pantau,...

Khairul Tidak letak Harapan...

KUALA LUMPUR - Selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal...

Beri Peluang Bakat Muda...

KOTA BHARU - Pihak berkaitan perlu memberi perhatian kepada bakat muda dan memberi...

Isu TRX: Menang Sorak, Kampung Tergadai?

JIKA bukan kerana ada pengkhianat dedah isu sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dibeli anak syarikat Tabung Haji, TH Properties Sdn. Bhd., kaum Melayu pasti bangga ada aset hartanah mewah di kawasan elit itu.

Segalanya ikut rancangan, malah patuh syariah, bersih urus tadbir korporat dan tiada konflik kepentingan, malangnya tanah ‘bernilai emas’ itu terpaksa dijual semula kepada pihak ketiga dengan untung cuma RM5 juta.

Sebenarnya itulah harga terpaksa dibayar hanya kerana ada pihak bodoh pelaburan hartanah tiba-tiba jadi pakar dan hasut masyarakat Melayu membantah usaha subsidiari Tabung Haji beli tanah demi kepentingan umat Islam.

Jika di Palestin, mufti Al-Aqsa terpaksa fatwa wajib orang kaya Islam beli hartanah di bumi tandus itu walaupun daripada Yahudi atas faktor strategik, di Malaysia pula terbalik: tanah digadai kerana mainan persepsi politik.

Tun Razak Exchange menerusi lakaran artis. – Gambar hiasan

Dek kerana mahu rakyat termakan dakyah kononnya firma pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai teruk bermasalah, apa saja isu ada kaitan dieksploitasi agar rakyat ‘benci’ dengar nama 1MDB.

Hari ini, satu lagi berita mengenai TRX dilaporkan apabila pemaju induknya, 1MDB Real Estate mengumumkan kejayaan menjual sebidang tanah di kawasan itu kepada pemaju hartanah terkenal dari Indonesia, Mulia Group.

Baca: TRX Tarik Pemaju Hartanah Utama Indonesia

Sekali pandang, tiada apa istimewa pun daripada berita itu, namun bagi yang belajar strategi perniagaan dan kenal syarikat tersebut, berita ini sebenarnya ibarat kisah malang Pak Pandir menang sorak tetapi kampung pula tergadai.

Bahkan bagi yang hafal lagu patriotik Warisan karya Tan Sri Nordin Kardi, bekas ketua pengarah Biro Tata Negara; berita itu menyerupai bait: Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita.

Berbalik kepada cerita Mulia Group, syarikat itu cukup disegani di Indonesia dengan projek hartanah berprestij termasuk kompleks beli-belah terbesar di rantau Asia tenggara, Taman Anggrek Mall di Jakarta Barat.

Jangan lupa Mulia Group dikagumi dengan tujuh menara pejabat ikon di ibu kota Indonesia itu antaranya Wisma Mulia, bangunan pertama di Asia dan kedua di dunia menerima anugerah berlian 5 bintang bertaraf antarabangsa.

Ironi, pemilik syarikat yang ditubuhkan sejak 1970 itu bukanlah Muslim, Eka Tjandranegara atau nama Cinanya, Tjan Kok Hui dan termasuk dalam senarai orang terkaya di Indonesia, yang pastinya dikuasai bukan Muslim.


Bersama tiga saudara; Tjandra Kusuma (Tjan Boen Hwa), Gunawan Tjandra (Tjan Kok Kwang) dan Djoko Tjandra (Tjan Kok Hwa), Mulia Group pada asalnya perusahaan pembuatan seramik, logam dan kaca lebih 40 tahun lalu.

Wisma Mulia 1 dan 2 di Jakarta, Indonesia. – Gambar hiasan

Ia kemudian berkembang pesat sehingga mampu dieksport ke 50 negara sebelum menyertai Bursa Efek Indonesia pada awal 1994 dan akhirnya terlibat aktif dalam projek pembangunan hartanah termasuk pejabat dan hotel.

Hari ini, Mulia Group berjaya melebarkan sayap di Malaysia, projek hartanah yang pertama di luar negara ketika umat Islam di negara ini pula lebih sibuk ‘bising’ isu pembelian tanah kontroversi TRX oleh TH Properties Sdn. Bhd.

Sekali lagi, di manakah maruah orang Islam di Malaysia yang lebih rela membiarkan orang asing berebut-rebut beli tanah ’emas’ di ibu kota Kuala Lumpur sedang kita gigit jari melihat hasil mengalir ke tangan yang lain. – MYNEWSHUB/H.A.AMREE

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara

2 KOMEN

  1. Kalau dah bodoh tu, bodoh juge.
    kalau duit pelaburan 1MDB pakai duit bapak ngko aku tak kisah pon. Ini habis semua nak dirembatnye. Ape KEJADAH pelaburan begitu.
    Bila ditanye mana duit berbillion, sunyi sepi.1MDB bukannye untung kerana bisnesnya tetapi atas margin jualan aset tanah.
    engko apa tahu, melabur jamban boleh ler.
    pakar ekonomi kepala hotak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori