Isu Boikot Peniaga Cina, PDRM Siasat Ismail Sabri

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam keterangan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ismail Sabri berhubung kenyataan beliau menyeru agar memboikot perniagaan Cina.

Perkara ini diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter beliau @KBAB51 berbunyi:

“@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian utk kita rakam percakapan nya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmonian kaum dihormati”

Status dimuatnaik Ismail di laman Facebook sebelum ini telah mencetuskan polemik apabila beliau menggesa bangsa Melayu selaku pengguna majoriti di negara ini bersatu memboikot perniagaan yang dijalankan secara tamak agar mereka tidak lagi ditindas.

Rata-rata menyokong pendapat beliau kerana sememangnya realiti di Malaysia, pengguna terbesar adalah kaum Melayu manakala Cina banyak mendominasi lapangan peniagaan sekaligus memainkan peranan dalam menentukan harga barangan di pasaran.

Fullscreen capture 222015 95441 PM

Apabila isu ini dijadikan kontroversi terutama oleh pihak pembangkang, Ismail tampil membuat penjelasan petang tadi.

BACA: Kenyataan Ismail Sabri Tidak Bertanggungjawab – DAP

Menurut Ismail kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga Cina secara keseluruhannya tetapi peniaga yang tamak dan tidak mahu menurunkan harga barangan meskipun harga minyak sudah mengalami penurunan.

BACA: Ismail Sabri: Saya Tak Tuju Kepada Semua Peniaga Cina

-MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply