Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Suspek Kes Penipuan...

KUALA TERENGGANU - Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman dua...

Barangan Keperluan Tahun Baharu...

JOHOR BAHRU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor menjamin...

Demi Dokumentari, Lelaki Relakan...

BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah...

Kongsi Pengalaman 3 Negara...

PUTRAJAYA - Malaysia akan mendengar dan berkongsi pengalaman dengan United Kingdom, Australia dan...

Isu Banjir P. Pinang Terus Dapat Perhatian Adun

GEORGE TOWN – Isu banjir mendapat perhatian utama anggota pembangkang dan penyokong kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang bermula hari ini.

Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang berkata daripada 76 soalan lisan yang dikemukakan untuk Mesyuarat Kedua Penggal Kelima kali ini, lebih 20 peratus adalah mengenai masalah banjir di negeri ini.

“Dewan telah menerima sebanyak 76 soalan lisan dan sebahagian besarnya adalah mengenai masalah banjir dan sistem perparitan negeri termasuk langkah atasi masalah, peruntukan projek tebatan banjir dan tindakan kerajaan negeri,” katanya pada mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-13 hari ini.

Selain 76 soalan lisan, Law berkata pihaknya turut menerima 654 soalan bertulis, dua rang undang-undang dan dua usul untuk diluluskan.

Beliau berkata selepas pembentangan Bajet 2018 Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sesi persidangan akan ditangguh sehari esok sebelum dijadualkan bersambung pada 6 hingga 13 Nov.

“Persidangan DUN akan berlangsung sehingga semua urusan selesai dibahas,” katanya.


Difahamkan, sesi persidangan DUN dijangka ditangguh sehari pada 7 Nov untuk memberi laluan kepada lawatan sehari pewaris takhta Britain, Putera Charles dan isteri Camilla Parker Bowles, di Pulau Pinang.

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad dilapor berkata pihak Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan satu usul berhubung pembangunan di kawasan lereng bukit.

Beliau berkata usul itu telah dimasukkan dalam susunan mesyuarat dan menjadi sebahagian daripada agenda mesyuarat. – BERNAMA

Kategori