Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Perintah Pendaftaran Cap...

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pendaftaran cap dagangan bernama ‘Maxxoil’...

Kontraktor Tak Mengaku Salah...

PETALING JAYA - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Atlet Wanita Jumpa Bangkai...

SEORANG atlet wanita terkejut apabila menemui bangkai seekor katak yang hampir reput dalam salad...

Bapa Tiri Mangsa Dera...

BESUT - Bapa tiri seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di Felda Tenang, Hulu Besut, direman tujuh...

‘Lame’.. Isu Anjing Untuk Alih Perhatian Rakyat, Kata KP PAS

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mendakwa isu kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’ baru-baru ini sahaja digembar-gemburkan pihak tertentu bagi menutup isu yang lebih besar dalam negara.

Beliau mendakwa, isu program menyentuh anjing tersebut cuba melindungi isu-isu besar seperti kenaikan harga petrol, tarif elektrik, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan dan penyalahgunaan Akta Hasutan 1948.

“Cuba kita sama-sama perhatikan bermula dengan isu kepala lembu, bible, kalimah Allah, hudud, arak dan terakhir anjing.

“Semua isu-isu ini seolah-olah dikontroversikan untuk melindung isu-isu besar dalam negara seperti kenaikkan harga minyak, elektrik, GST, akta hasutan, korupsi, boros dan salah guna kuasa,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pendirian beliau itu kelihatan tidak selari dengan pandangan Timbalannya, Muhammad Khalil Abd Hadi yang secara terbuka menyelar penganjuran program itu.


Malah, beliau menyindir pengajur program itu daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh anjing, lebih baik membuat kempen mengusap kepala anak yatim.

Program sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’ anjuran Syed Azmi Alhabshi di adakan di Central Park, Bandar Utama, Selangor.

Acara tersebut dianjurkan kononnya bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori