Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar, Azmin, KJ, Izzah...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam laman Twitter...

Pusat Tahfiz Digesa Rujuk...

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menggesa agar semua pusat tahfiz...

PAS Belum Putus Ikut...

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum...

Ubat Nyamuk Tidak Berdaftar...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertanian mengesan berlaku penjualan tiga produk lingkaran nyamuk tidak...

Ismail Sabri Lebih Tahu Sikap Peniaga Cina

KUALA LUMPUR – Saranan supaya memboikot peniaga Cina yang tamak dan enggan menurunkan harga barangan adalah wajar dan berasas, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Kata beliau, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat saranan itu pasti lebih tahu mengenai isu tersebut memandangkan beliau bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Ismail Sabri bekas Menteri KPDNKK sebelum dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sebagai bekas Menteri KPDNKK sudah tentu beliau cukup arif tentang perihal harga barangan, jumlah pemborong dan peniaga yang terlibat dengan perniagaan barangan keperluan harian rakyat. Majoritinya memang mewakili kaum tertentu.

“Realiti ekonomi Malaysia tidak mungkin dapat lari daripada fakta itu. Pokoknya bukan kita mahu menjadi rasis. Kenyataan Ismail Sabri punya asas dan alasan kukuh,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Reezal Merican berkata, Ismail Sabri sebagai bekas menteri yang menjaga hal ehwal pengguna sudah tentu sedar betapa pengguna Malaysia tidak menggunakan kuasa pengguna yang ada pada mereka untuk mengekang kenaikan harga barangan secara tidak berpatutan.


Justeru, katanya, menyeru kepada boikot perniagaan yang menjual barangan atau membekalkan perkhidmatan pada harga yang tidak berpatutan selaras dengan hak asasi kepenggunaan sejagat.

Justeru, katanya, beliau bersedia bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan untuk melancarkan kempen Boikot Perdana seluruh negara.

“Rakyat tidak boleh hanya bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib semata-mata dalam memerangi peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan.
“Kuasa pengguna lebih berpengaruh jika bertindak di atas semangat padu menolak peniaga haloba,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori