Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Disinfeksi Rumah Sendiri...

PUTRAJAYA - Ahli keluarga pesakit koronavirus (Covid-19) perlu melakukan disinfeksi rumah masing-masing mengikut...

Rentas Negeri PKPP Untuk...

KUALA LUMPUR - Pergerakan merentas negeri hanya untuk pelancongan domestik dibenarkan bermula esok...

Bekas PM Britain Terima...

LONDON - Jika di Malaysia, bekas perdana menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Ada Keretakan Di Jambatan...

Pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan laluan di Lebuh Raya Pantai Timur...

Insiden Low Yat: Ada Pihak Perguna UMNO Konon Rasis

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr. Shaikh Hussein Mydin bagi bantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung insiden rusuhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, pada Ahad lalu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata Shaikh ditahan selepas beliau diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), di sini pada Rabu.

Beliau ujarnya, difahamkan penahanan itu adalah atas arahan langsung Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat Shaikh selepas muncul mesej berbaur rasis yang dipercayai disebarkan pihak tertentu.

“Kami percaya penahanan Shaikh adalah ekoran mesej provokasi daripada ahli-ahli kumpulan Whatsapp yang tersebar membabitkan apa yang ditulis Ketua UMNO Bahagian Bagan itu dalam kumpulan berkenaan.

“Saya berpendapat bukan Shaikh yang cuba hasut sebaliknya orang yang ada dalam kumpulan Whatsapp itu yang cuba menimbulkan perkara yang gugat ketenteraman negara,” katanya ketika ditemui pemberita di luar IPD SPT.

Sebelum ini, penulis blog popular Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd. Azri Wan Deris, ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung insiden di plaza itu yang menyaksikan pergaduhan antara dua kumpulan.

Terdahulu, Musa menemani bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu ke IPD SPT di Bandar Perda kira-kira pukul 2 petang sebelum ditahan oleh dua anggota polis yang berada di luar balai polis tersebut.


Difahamkan, penyebaran mesej itu didapati mempersoalkan tindakan polis yang hanya menahan remaja lelaki Melayu sahaja untuk didakwa dan tidak peniaga Cina yang turut terbabit hingga mencetuskan pergaduhan.

Musa berkata walaupun kesal perkara sedemikian berlaku, namun beliau akur dengan undang-undang negara dan meminta polis turut menyiasat orang yang bertanggungjawab menyebarkan mesej berbaur perkauman itu.

“Kumpulan Whatsapp ini adalah perbincangan tertutup dan semestinya penyebaran ini dilakukan oleh orang dalam kumpulan itu sendiri yang mana secara tidak langsung orang terbabit yang cuba menghasut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi agensi berita Bernama mengesahkan penahanan tersebut bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut.

“Kenyataan mengenai perkara itu (tangkapan) akan dibuat oleh Ketua Polis Negara sendiri,” katanya yang turut disiarkan portal tempatan AgendaDaily.- Agensi/Mynewshub/HAA.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori