Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tukar Nama Jadi Tabung...

"SUDAH boleh ubah nama Tabung Harapan Malaysia kepada Tabung World Cup (Piala Dunia)." Demikian...

Minta Pelaksanaan COSS Dikaji...

IPOH - Kerajaan Perak meminta kementerian berkaitan mengkaji dan memperhalusi beberapa perkara susulan...

Anwar Ibrahim TAK SETUJU...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan...

Hanya Rakyat Malaysia Yang...

KUALA LUMPUR - Hanya rakyat Malaysia di Wuhan, China yang sihat akan dibenarkan...

Indeks Kebebasan Media : Shabery Bidas Parti DAP

Tindakan DAP menghalang akhbar tempatan membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang turut menyumbang kepada kejatuhan indeks kebebasan media di Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat kenyataan itu sebagai membidas Ahli Parlimen (DAP-Taiping) yang mempersoalkan berkaitan Indeks Kebebasan Akhbar Negara (PFI) yang jatuh.

“Pulau Pinang ada arahan akhbar tertentu dilarang masuk, sudah ada sekatan.

“Tetapi kami kerajaan tidak melarang Malaysiakini dan media lain membuat liputan Dewan Rakyat, di Parlimen,” kata Shabery ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam indeks PFI, Malaysia berada pada tangga ke 147 di bawah Bangladesh dan Myanmar tetapi mendahului Russia dan Filipina.

IndeksPFIKedudukan Indeks Kebebasan Media (PFI) 2014

Pada 2012, Malaysia berkedudukan pada tangga 122 indeks berkenaan.


Beliau sebelum itu menjawab soalan tambahan daripada Nga yang ingin tahu tindakan yang dilakukan oleh kementerian untuk memperbaiki indeks kebebasan media di negara ini.

Dalam soalannya, beliau sempat mengatakan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat laporan berat sebelah apabila hanya menyiarkan berita berkaitan pemimpin kerajaan yang diterajui parti Barisan Nasional (BN).

“Apakah kebebasan akhbar adalah satu ciri-ciri menjadikan negara itu lebih baik?

“Di Asia Tenggara, kedudukan Reporters Without Borders yang terbaik adalah Timor Timur, adakah kita hendak jadi Timor Timur,” kata Shabery. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori