Bila Lim Kit Siang Mengajar Pasal Prinsip Islam

KUALA LUMPUR – “Saya tidak boleh menerima pandangan prinsip Islam tidak dipenuhi jika hudud tidak dilaksanakan” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kata beliau, jika pandangan itu benar, maka Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin PAS lain telah lama mengkhianati prisip Islam iaitu selama enam tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

“Jika benar bermakna pemimpin PAS sudah lama mengkhianati prinsip Islam kerana pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah dibentangkan sebagai salah satu daripada prinsip utama pakatan rakyat dalam PRU13,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Kit Siang menyeru pimpinan pakatan rakyat mencari formula untuk menyelamatkan pakatan rakyat untuk menyelamatkan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan disebabkan pelbagai isu yang timbul waktu ini.

Beliau turut mendakwa, Allahyarham Nik Aziz ssmasa hidup walaupun mahu melaksanakan hudud tetapi bersikap realistik untuk mengetahui bahawa ia tidak terkandung dalam polisi bersama pakatan rakyat dan sebarang penentangan ke atasnya boleh membawa perpecahan pakatan rakyat.

Justeru, katanya, Allahyarham Nik Aziz pasti memahami bahawa pelaksanaan hudud bukan isu terpenting berbanding memastikan kelangsungan dan kejayaan pakatan rakyat untuk menawan Putrajaya.

Leave a Reply