Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebelum Pakai Kanta Lekap,...

TUDUNG tak betullah, sengetlah kalau pakai spec.., trend la pakai contact lens sekarang.....

Pencemaran Bauksit Salah Kerabat...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sama ada kerabat diraja Pahang...

JBPM Perak Larang Anggotanya...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini melarang seluruh...

Sultan Kedah, Sultan Abdul...

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Abdul Halim, 89, dilaporkan mangkat sekitar pukul...

Hubungan ‘Adik Beradik’ Antara PAS Dan UMNO Itu Perlu

REMBAU — Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS dan UMNO seperti ‘adik beradik’ dalam meletakkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, sebagai suatu tanggapan yang baik.

Beliau berkata, tidak salah untuk mereka mencapai kata sepakat demi kebaikan dan yang penting adalah kebersamaan demi masa depan negara, bangsa dan agama supaya tiada sesiapa rugi kerana ego sendiri.

“Itu namanya adik beradik, siapa patut beralah dia akan beralah. Tetapi beralah kerana mencari kebaikan bukan kerana sesuatu yang tidak baik. Kita perlu meneroka pemikiran politik baharu yang tidak menyebabkan berpecah belah kerana ini boleh menyebabkan rakyat kucar kacir dan negara kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar di Kompleks Al Ammar, Kampung Kanchong, Rantau di sini, hari ini oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata rundingan dengan PAS supaya menghantar seorang sahaja calon dari parti pembangkang adalah konsep pemikiran baharu yang cuba dilakukan UMNO. – BERNAMA

Kategori