Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dinar Tertera Nama Allah,...

LONDON - Saiznya mungkin wang syiling satu euro namun dinar berusia 1,200 tahun...

Kerjasama Geely-Proton Contoh Baik...

DUNHUANG – Kerjasama antara pengeluar kereta dari China, Zhejiang Geely Holdings Group dan...

Aliff Syukri ‘Terlajak Laris’...

ALOR SETAR - Kebimbangan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai kantungnya makin kering...

Pengembara Sesat 47 Hari...

KATHMANDU - Seorang lelaki Taiwan yang sesat di sebuah gunung di Nepal selama...

Himpunan Kebangkitan Ummah Berlangsung Aman

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman dipanggil Himpunan Kebangkitan Ummah berlangsung di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Himpunan bertemakan ‘Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam-Melayu Terancam’ dikatakan untuk mempertahankan Melayu dan Islam daripada unsur yang didakwa mengancam kepentingan dan haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi berkata, perhimpunan itu yang mendapat permit polis disertai kira-kira 1,000 orang.

“Kami telah memberi kebenaran dan perhimpunan hari ini berada di dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Shaharuddin berkata bagaimanapun seramai 40 anggota dan pegawai polis ditempatkan di lokasi.


Antara yang hadir di perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu adalah bekas penasihat sosio-budaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim; Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Sungai Kandis di Selangor, Datuk Lokman Adam; Setiausaha Agung PAS Datuk Haji Takiyuddin Hassan; dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beberapa NGO turut hadir antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Rais dalam ucapannya berkata kerajaan harus mendengar suara majoriti sebelum merancang penggubalan sesebuah dasar baharu termasuk isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan. – BERNAMA

Kategori