Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bersabar Dan Berbijaklah Wahai...

PERANG sentimen Sunni dan Wahabi menyala lagi di negara ini. Perang catatan di media...

Polis Ditahan Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan atas...

6 Pengedar Antara 44...

TAIPING - Enam pengedar dadah dan dua warga asing dari Indonesia dan Pakistan...

Peguam Najib Tegaskan Keputusan...

PUTRAJAYA : Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan yang...

Tian Chua Rancang Perhimpunan Besar Jika Anwar Ke Penjara

Salah seorang pemimpin pembangkang, Tian Chua mengeluarkan kenyataan mahu mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka, hujung minggu ini.

Menurut laporan The Malaysian Insider, ugutan tersebut dilontarkan Tian Chua di depan para penyokong Anwar yang hadir di Istana Kehakiman hari ini, andai keputusan rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memihak pada mereka.

“Kalau petang ini berani mereka hukum Anwar, hari Sabtu Ahad yang akan datang, kita himpun di Dataran Merdeka.”

Ahli Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PRK itu berkata, walaupun kemungkinan Anwar akan berhadapan dengan keputusan yang tidak memihak padanya, namun sokongan kepadanya tetap utuh.


Perbicaraan rayuan kes liwat II dijangka berlanjutan sehingga esok kerana pihak pembela akan mengemukakan hujah balas pada sesi yang bersambung waktu petang.

Tak habis-habis dengan demonstrasi jalanan!

Adakah ini sahaja jalan mudah yang akan diambil sesetengah pihak bagi mendapatkan perhatian? Fikir-fikirkanlah. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori