Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zul Ariffin ‘Bersihkan’ Imej,...

NAMA pelakon bertubuh sasa ini pernah meletup sekejap pada sekitar Mei lalu apabila...

CCTV PPIM Beri ‘Klu’...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa sebelum kebakaran menimpa Pusat...

Facebook Bantu Pengguna Nilai...

SAN FRANCISCO - Facebook berkata ia akan membantu pengguna melihat sama ada mereka...

SPM Tetap Diteruskan Di...

MELAKA : Seramai 12,900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini akan...

Hentikan Spekulasi Punca Peletakan Jawatan Agong

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, peletakan jawatan itu merupakan hak Sultan Muhammad V dan setiap pihak perlu menghormati pendirian baginda.

“Bagi saya tak payah (buat spekulasi). Itu pilihan baginda sendiri. Baginda sendiri yang pilih untuk meletak jawatan jadi kita hormati pendirian baginda. Tak perlu kita persoal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2019 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan negeri telah menerima pemakluman rasmi mengenai peletakan jawatan Sultan Muhammad V tersebut, Mohd Amar berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu kerana urusan rasmi berkaitan akan diuruskan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. – BERNAMA

Kategori