Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

16 Pasukan Rebut Kejuaraan...

PETALING JAYA - Enam belas pasukan termasuk enam kelab tempatan akan bertarung dalam...

Wanita Dilamar Dengan Cincin...

KISAH percintaan seseorang boleh jadi indah dan unik jika dua insan yang dijodohkan bersama...

IJN Mohon Sumbangan Bagi...

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) memohon sumbangan dana daripada individu dan...

Sanchez Sah Sertai United,...

MANCHESTER United mengesahkan kelabnya telah mengikat Alexis Sanchez dari Arsenal sementara Henrikh Mkhitaryan...

Henti Serang Hadi – Ahmad Awang

PETALING JAYA – Calon kerusi Presiden PAS, Ahmad Awang yang bakal menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa semua pihak menghentikan serangan terhadap lawannya itu.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden PAS menganggap serangan berterusan terhadap Hadi hanya akan merugikan pakatan pembangkang.

“Serangan demi serangan yang dihala kepada ustaz Hadi tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

“Hentikan serangan-serangan tersebut. Kalau pun niatnya mahu menegur, bukan itu caranya,” katanya yang bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan Hadi pada pemilihan parti itu menerusi kenyataan pada lewat malam Selasa.

Gesaan itu dibuat Ahmad Awang susulan perbalahan berterusan antara PAS dan DAP sejak krisis menteri besar di Selangor.

Terbaharu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Hadi kini bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih dalam Pakatan Rakyat.


Menurut veteran PAS itu lagi, krisis dalaman yang melanda PAS dan DAP kini perlu ditangani dengan baik tanpa mengguris perasaan mana-mana pihak.

“Beliau (Hadi) masih lagi seorang insan yang perlu dipelihara maruahnya. Usah berpolitik dengan amarah dan emosi.

“Kedepankan hikmah (kebijaksanaan) dalam berkomunikasi. Mudah-mudahan kesemua kebaikan dalam politik ini akan timbul dan memudahkan urusan perjuangan kita,” katanya.

mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori