Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Coleman Bintang Pecut AS...

HEBAT... Christian Coleman yang merupakan anak kelahiran Atlanta, Amerika Syarikat (AS) tampil sebagai...

Penerima i-Lestari, i-Sinar Perlu...

KUALA LUMPUR - Penerima i-Lestari dan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang...

Lahir Anak Dalam Teksi,...

KETIKA Karolina Dabrowska, 36 tahun; melahirkan bayinya yang tidak cukup bulan itu di...

Netizen Kecam Abang Botak...

SUSULAN video seorang lelaki yang berang akibat pengawal keselamatan lambat membuka palang seperti...

Hanya Tuhan Tahu Siapa Saya – Bekas Editor SR

KUCHING – Tindakan ala berani mati sanggup mempertahankan pendedahannya mengenai dakwaan plot untuk memalsukan maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) amat memeranjatkan pelbagai pihak.

Paling mengejutkan tentu sekali pihak pembangkang yang akhirnya terkedu apabila terbukti mereka selama ini menipu rakyat Malaysia dengan dakwaan bohong bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun bagi bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi terpulang kepada Tuhan untuk menghakimi tahap kredibilitinya, menurut laporan portal tempatan AgendaDaily yang memetik sumber daripada akhbar The Star.

Beliau malah berkata, dirinya tetap berpegang teguh kepada pendedahannya itu walaupun kredibilitinya dipertikaikan termasuk dakwaan bahawa dirinya dianggap sebagai pembohong dan seorang penghutang.

“Hanya Tuhan sahaja tahu sama ada siapa saya ini orang yang boleh dipercayai atau tidak. Hanya ‘Dia’ yang boleh menghakimi diri saya dalam perkara amat besar ini,” tegas Lester ketika ditemuramah akhbar tempatan itu.

Baca: Terbongkar Portal Sensasi Memang Sebar Berita Palsu

Juga: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Baca: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Juga: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Ditanya mengenai dakwaan editor dan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang menyifatkannya sebagai ‘penghutang’, beliau berkata:”Saya langsung tidak berasa terkejut apabila dia akan berkata demikian.

“Lagipun Clare boleh menyemak akaun orang lain sesiapa sahaja dengan mudah.” Lester turut menafikan dakwaan bahawa beliau berbohong dalam perkara tersebut apatah lagi isu 1MDB tengah panas dieksploitasi pembangkang.


“Mari kita lihat siapa yang lebih teruk akhirnya nanti,” tegasnya yang pernah berkhidmat sebagai pembantu Clare termasuk menulis artikel untuk Sarawak Report sejak 2011 selain stesen haram Radio Free Sarawak dari London.

Ditanya sama ada pihak polis telah menghubunginya, Lester berkata beliau sudah selesai memberi kenyataan kepada penyiasat polis pada Sabtu lalu tiga hari selepas video pengakuan dirinya ‘meletup’ menerusi laman sosial.

“Saya disoal siasat polis selama dua hari dan saya menunjukkan e-mel antara saya dan Clare,” katanya yang bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut kerana bimbang akan mengganggu siasatan pihak polis.

Baca: Inilah Video Eksklusif Pengakuan Pemfitnah PM Isu 1MDB

Juga: 1MDB – Berani Ke Pembangkang Nafi Jumpa Justo?

Sebuah rakaman video pengakuan oleh Lester dimuat naik di laman YouTube pada Rabu lalu yang mendakwa kewujudan rancangan jahat beberapa pemimpin pembangkang bersama dengan pengendali Sarawak Report.

Mereka dikatakan merancang plot untuk memalsukan dokumen 1MDB dan menjatuhkan Najib sejak awal tahun ini bahkan pernah mengadakan pertemuan di London bagi mengeksploitasi isu berkenaan sebaik mungkin.

Dakwaan tersebut dinafikan beberapa pemimpin pembangkang walaupun selama ini mereka sering menjadikan Sarawak Report sebagai sumber utama bagi memfitnah Najib dalam isu 1MDB. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori