Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 2 Kapal...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal asing berserta...

Budak Lihat Ibu Dipaksa...

Durban - Baru berusia 12 tahun namun seorang budak lelaki terpaksa melihat bagaimana...

Peter Anthony Bersalah Atau...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini akan memutuskan sama ada Datuk Peter...

Nurul Izzah Bercadang Hendak...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang...

Hadi Bercita-Cita Jadi PM Semasa PRU13 – Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya bercita-cita tinggi mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, Abdul Hadi namun tidak berpuas hati kerana Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk melantik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Justeru, katanya, ada hikmah di sebalik kekalahan PR pada pilihan raya tersebut kerana Malaysia bakal mempunyai Perdana Menteri bernama Abdul Hadi jika pakatan pembangkang yang menang PRU13.

“Bila dikenangkan, mungkin satu hikmah Pakatan tidak peroleh majoriti kerusi Parlimen pada PRU13. Jika tidak Pakatan perlu dapat belas ihsan Presiden PAS yang tidak sama sekali menerima Anwar menjadi Perdana Menteri.


“Abdul Hadi mungkin buat pusingan untuk menyokong calon UMNO sekali gus menyebabkan krisis sebelum kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan dapat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penyokong pembangkang termasuk PAS perlu memastikan kesilapan yang berlaku dalam PR tidak berulang dalam Pakatan Rakyat baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Menurutnya, Pakatan Rakyat baharu akan ditubuhkan selepas parti Islam baharu iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diketuai beberapa bekas pemimpin PAS yang disingkirkan pada Jun lalu didaftarkan sebagai sebuah parti politik pada 30 Ogos ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori