Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik bersama anak bongsunya,...

Bayi 10 Bulan Tertelan...

SEJAK semalam, foto tular yang memaparkan x-ray seorang bayi tertelan pin tudung di...

Rizab Antarabangsa BNM Sebanyak...

KUALA LUMPUR - Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM388.6 bilion (AS$111.2...

Dasar Berkaitan Pembinaan Rumah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyegerakan usaha untuk mewujudkan satu dasar kebangsaan bagi...

Guan Eng Tuduh MCA & Gerakan Khianati Bangsa Cina

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng nampaknya terus mengapi-apikan isu perkauman membabitkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri apabila menuduh, parti MCA dan Gerakan di dalam Barisan Nasional (BN) mengkhianati kaum Cina.

Menurut beliau, kaum Cina tidak akan lupa pengkhianatan yang dilakukan kedua-dua parti itu yang dilihat gagal membantah dan mendesak Ismail Sabri meminta maaf atau meletakkan jawatannya kerana isu terbabit.

Guan Eng berkata, kedua-dua parti itu yang majoriti ahlinya terdiri daripada bangsa Cina dilihat tidak berani langsung menyuarakan desakan itu, memetik laporan The Malaysian Insider.

Kenyataan Guan Eng itu dibuat selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Kah Siong bersuara berkenaan isu itu ketika mesyuarat kabinet.

MENARIK – Liow Tiong Lai Pengecut – DAP 

Ismail Sabri pada 2 Februari lepas  mengeluarkan kenyataan di Facebook mencadangkan agar pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang sebagai tekanan sehingga mereka akhirnya terpaksa menurunkan harga.

Kenyataan itu segera dimainkan oleh pihak pembangkang DAP dengan menyifatkan ia berbaur perkauman dan menghina bangsa Cina.


Wakil dari MCA dan Gerakan juga, kemudiannya mendesak Najib yang juga Pengerusi BN untuk memecat Ismail Sabri dari jawatannya berikutan kenyataan itu.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu, mengeluarkan kenyataan bahawa kabinet telah dimaklumkan kenyataan Ismail Sabri ditujukan kepada peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan bukan kepada keseluruhan peniaga Cina.

Susulan itu Najib meminta peniaga lebih bertanggungjawab dengan menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak di negara ini sudah dilakukan. -MYNEWSHUB.CC

Parti Gerakan Buat Laporan Polis Ke Atas Ismail Sabri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori