Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Babi Hutan Pun...

Ha, jangan ingat manusia saja yang nak selamatkan diri sewaktu bencana banjir berlaku...Haiwan...

Polis Rekod Keterangan Lelaki...

GEORGE TOWN - Polis telah merekodkan keterangan lelaki yang mengugut untuk memukul seorang...

Polis Tahan 2 Suspek...

KUCHING - Selepas 27 jam melakukan rompakan bersenjata di sebuah pasar mini di...

Helikopter Hilang: Tiada Panggilan...

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tiada panggilan kecemasan dibuat...

Giliran Gobind Singh Kritik Hadi Isu Kehadiran Mesyuarat

Belum reda lagi isu ketidkhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) rupanya.

Selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini pemimpin DAP lain pula bersuara mempertahankan pemimpin mereka dan terus mengkritik Abdul Hadi.

Hari ini, pemimpin DAP Pusat Gobind Singh Deo menyelar tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilihat berani mempertahankan Abdul Hadi.

BACA – Abdul Hadi Tidak Hadir Mesyuarat PR Bukan Isu Besar – Azmin

Mohd Amar diberi amaran supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

DAP berharap kejadiran Abdul Hadi ke dalam mesyuarat berkenaan demi kebaikan gabungan tiga parti berkenaan iaitu PKR-DAP dan PAS itu.

“Beliau nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.

“Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.

“Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan,” katanya Gobind dalam satu kenyataan hari ini yang dipetik Agenda Daily.

Semalam, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dilaporkan memberi peringatan kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan PR jika ada rasa tidak senang dengan parti PAS.

Beliau beranggapan DAP tidak perlu mencari jalan singkat dengan menggunakan ‘isu kecil’ untuk menyingkirkan PAS dari PR.


Berhubung kenyataan Hadi bahawa terpulang kepadanya untuk hadir ke mesyuarat itu ataupun tidak, Gobind menyifatkan sikap itu sebagai “langsung tidak hormat” kepada rakan komponen dan rakyat Malaysia.

Gobind yang juga Ketua Biro Undang-undang DAP berkata sikap tersebut berulang ketika kemelut menteri besar berlaku.

“Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

“Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu,” katanya.

Anak lelaki kepada mendiang Karpal Singh itu turut menegaskan mesyuarat yang diadakan tidak bermakna jika individu utama tidak endah soal kehadiran dan semua perbincangan yang diputuskan tidak bermanfaat pada akhirnya.

Serangan DAP terhadap PAS bermula dengan kenyataan Guan Eng dalam Konvensyen DAP yang mendedahkan Haji Hadi tidak hadir mesyuarat Pakatan.

Kenyataan tersebut kemudiannya dibalas oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa ALi bahawa Guan Eng lebih kerap ponteng mesyuarat dari Haji Hadi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori