Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Faizal Ismail, IM Asyraf...

KUALA LUMPUR - Pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail (FBI) bersetuju untuk mendermakan...

Op Tahun Baharu Cina:...

GURUN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 10,655 kesalahan bagi tempoh 1 hingga...

Pembangkang Tersepit Cuba Tagih...

KUALA LUMPUR — Pertemuan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan duta...

Duit Terselit Di Wiper,...

"BERHATI-HATI ya semua, macam-macam kemungkinan ada sekarang, penjahat ada di mana-mana," kata seorang...

Gesa RoS Segera Bertindak Terhadap PPBM

KUANTAN – Beberapa pemimpin pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri ini menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan segera terhadap parti itu berkaitan salah laku termasuk berhubung status mesyuarat agung tahunan yang meragukan.

Ketua Penyelaras Pemuda PPBM Pahang Raja Mohd Azlan Mohd Omar juga meluahkan kekecewaan kerana mendakwa RoS masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap parti itu walaupun lebih 400 laporan sudah dibuat di peringkat bawahan.

“Kami telah menghantar laporan kepada RoS mengenai salah laku parti berkaitan penggunaan nama Armada (sayap pemuda PPBM) dan mesyuarat agung tahunan, namun sehingga kini masih tiada jawapan.

Perkara ini menyebabkan kami akan menyertai perhimpunan di Ibu Pejabat RoS di Putrajaya pada 22 Feb ini untuk mendapatkan penjelasan dan untuk mengetahui jika aduan kami didengari,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PPBM Kuantan Mohd Asyraf Muhammad Asri berkata banyak tindakan parti menyalahi undang-undang termasuk dalam isu jawatan anggota kerana mendakwa pemecatan jawatan dilakukan sesuka hati.

Tambahnya, anggota yang berbeza pandangan atau mengkritik perjalanan parti akan digantikan dengan mereka yang diketahui adalah kroni dan akan menerima apa sahaja keputusan yang dilakukan parti.

“Perbuatan ini sudah terang lagi bersuluh adalah satu kesalahan dan diharapkan RoS mengambil tindakan sepatutnya,” katanya.


Pemangku Ketua Pemuda PPBM Temerloh Sharipul Mohd Sharip pula mempertikai sikap membisu RoS sedangkan aduan sudah dibuat dan berharap tindakan segera dapat dilakukan supaya mereka tidak lagi tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

“Kenapa ada kelewatan tindakan terhadap PPBM? Adakah RoS sendiri mempunyai pegawai yang cenderung kepada parti?

RoS harus bersikap adil terhadap anggota yang membuat laporan mengenai salah laku parti itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori