Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Makin Ramai Adiwira Berniaga,...

JIKA sebelum ini viral kisah Spiderman menjual nasi lemak dan Deadpool jual sarapan...

Pencarum Skim Persaraan Swasta...

Kerajaan pada tahun 2012 melancarkan Skim Persaraan Swasta SPS untuk menggalakkan rakyat meningkatkan...

Wisma Negeri Melaka ‘Lumpuh’,...

MELAKA – Bangunan Wisma Negeri Melaka terpaksa ditutup serta-merta sehingga Jumaat ini selepas...

LTTE: Kes Penghantar Surat...

KUALA LUMPUR - Kes penghantar surat yang didakwa atas dua pertuduhan menyokong dan...

Gerakan Sokong Kepimpinan Ulama PAS – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru golongan aktivis dan profesional supaya menyatakan sokongan ke atas kepimpinan ulama parti itu.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi menafikan berlaku pertembungan di antara golongan ulama dan profesional dalam PAS waktu ini.

“Sebarang usaha bagi menafikan dan menggagalkan fitnah tersebut adalah amat besar nilainya di sisi agama.

“Saya harap rakan-rakan aktivis dan profesional dalam dan luar PAS dapat menyertai dan menyokong ‘langkah’ yang mulia ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Nik Mohamad Abduh berkata, beliau difahamkan satu gerakan sedang diwujudkan oleh beberapa golongan aktivis dan profesional dalam PAS untuk menjayakan usaha itu.


Menurutnya, individu terbabit membentuk satu pakatan bagi menghimpunkan golongan aktivitis dan profesional PAS bagi menyatakan sokongan terhadap konsep kepimpinan ulama.

“Saya merasa amat sukacita dengan usaha ini,” katanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=TUedbw1CLg0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori