Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Benarkah Dakwaan Mahathir PAS...

KUALA LUMPUR - Adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad berbohong kepada rakyat 'Malaysia Baharu'...

Aktiviti Pelacuran Bawah Pokok...

ISKANDAR PUTERI - Beralaskan tikar serta berbumbungkan bulan dan bintang. Itu sudah cukup...

Muhyiddin: Anwar Tak Akan...

Usaha Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri tidak akan menjadi kenyataan...

2 Maut, Kemalangan 4...

KUALA LUMPUR - Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Genting...

Gaji Minimum Bukan Janji 100 Hari – Mahfuz

ALOR SETAR – Kerajaan memberi komitmen tinggi untuk merealisasikan kadar janji minimum baharu sektor swasta kepada RM1,500 sebulan seperti yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sungguhpun ini bukan janji yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran.

Sebaliknya Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata janji itu adalah untuk dikotakan dalam tempoh lima tahun pentadbiran PH.

“Perlu diperjelaskan kepada rakyat bahawa janji itu bukan untuk tempoh 100 hari tapi lima tahun dan apabila menjelang berakhirnya penggal, baru kita dapat fikirkan cara perlaksanaannya tetapi buat masa ini kadar gaji minimum ini telahpun bermula dan akan dikaji semula setiap dua tahun,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Lalang di sini, hari ini.

Khamis lepas Menteri Tenaga Manusia, M Kula Segaran dalam Dewan Rakyat memaklumkan bahawa Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah selesai menjalankan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor kajian itu akan dibentangkan kepada kerajaan dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Mahfuz menyerahkan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat dari Skuad Prihatin Perkeso Kedah berjumlah RM2,000 kepada Salihah Che Pi, 54 yang kematian suami Johari Zakaria, 60, pada 17 Julai lalu selepas ditimpa bumbung kilang perabot dalam kejadian ribut di Jalan Gunung Keriang.

Turut hadir, Pengarah Perkeso Kedah, Mamsor Abdul Manaf dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh.

Sementara itu Mahfuz berkata majikan wajib membuat caruman kepada pekerja kontrak dan sementara yang berada dalam sektor awam kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


“Ramai pekerja kontrak dan sementara yang masih belum dicarum mungkin kerana tidak tahu hak mereka selain takut untuk memaklumkan kepada pihak Perkeso kerana bimbang akan diambil tindakan oleh pihak majikan sedangkan caruman ini penting untuk masa hadapan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian.

“Pekerja juga tidak wajar diambil tindakan oleh majikan seperti menamatkan kontrak sekiranya membuat aduan kepada Perkeso kerana itu hak mereka.

“Saya akan akan maklumkan dan berbincang perkara ini dengan menteri supaya semua majikan terlibat akan membuat caruman kepada pekerja kontrak dan sambilan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori